EPISOD 60
✨✨
Dua hari ditahan di wad, akhirnya Zahira dibenarkan pulang ke rumah. Aleesya sebagai bos merangkap kawan dengan ikhlasnya mahu menghantar Zahira pulang.
Kereta dipandu Aleesya berhenti dihadapan flat tempat Zahira tinggal.
" Awak nak saya hantar sampai atas?" tanya Aleesya.
Zahira mengelengkan kepalanya.
" Tak payahlah.. Susahkan awak ja. Dah la hantar saya balik rumah. Lepastu bayar bil hospital saya lagi. Susahkan awak ja" kata Zahira.
" Awak kan kawan saya. Jadi sebgai kawan kena la tolong antara satu sama lain. Nanti awak tolong saya pula" kata Aleesya.
"okaylah.. Saya naik dulu."
Aleesya mengangguk.
Zahira pon keluar daripada perut kereta. Beg yang berada di tempat penumpang belakang diambilnya.
" Terima kasih Aleesya" ucap Zahira untuk kali terakhir.
Aleesya mengangguk sambil tersenyum manis.
Aleesya memandang figura Zahira sehingga tidak dikesan mata. Dia melepaskan keluhan berat sebelum mula memandu pergi dari kawasan kediaman itu.
✨✨
Zahira's
Selepas kereta Aleesya pergi daripada kawasan flat itu. Zahira cepat cepat masuk ke dalam rumah.
Pintu dikunci dan dia berlari ke bilik yang berpintu koko. Kunci dicucuk untuk membuka pintu itu.
Setelah pintu terbuka luas, Zahira terus menerjah masuk dan berlari ke arah maknya.
Maknya yang sedang duduk dibirai katil membelakangi pintu itu dipeluknya.
"Ira?" maknya bersuara.
" Ya mak.. "
" Lapar.."
" Haa.. Ira ada beli nasi dekat mak tadi. Kita makan sama sama ehh" kata Zahira.
Maknya mengangguk tanpa memandangnya.
Zahira berjalan keluar ke dapur untuk mengambil pinggan. Nasi yang dibelinya sebelum pulang tadi di letakkan di atas pinggang tersebut. Sudu dan air kosong di ambil lalu dia berjalan ke dalam bilik maknya semula.
Punggung dilabuhkan semula di sebelah maknya.
" Mak nak Ira suap ataupun mak nak makan sendiri?" tanya Zahira.
" Suap. "
Zahira tersenyum lalu mula menggaul nasi itu sebelum disuap ke dalam mulut maknya.
" Makk.. Time Ira tak dak. Ada orang masuk bilik ni tak?" tanya Zahira.
Maknya diam.
" Mak.. Ira tanya ni. Ada orang masuk tak?"
" Tak ingat." jawab mak. .
"Bodoh! Kau tanya mak kau soalan tu mana la dia nak ingat. Mak kau tu sakit. " satu suara menerpa di gegendang telinga Zahira.
Namun Zahira hanya mengendahkan suara itu. Dia terus menyuap maknya makan.
" Tapi aku tak rasa yang Aleesya tu dah masuk dalam bilik ni. Kalau tak kenapa dia layan kau macam biasa ja? Dah la kau kurung mak kau. Kalau aku jdi Aleesya tu, aku dah report polis sebab kurung orang. " sinis suara tu.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...