•|| PART 11 ||•

6.1K 279 4
                                    

Ep. 11 ; Jeolous

✨✨

Setibanya waktu rehat, Ayien dan Aleesya membawa Felix untuk melihat sekeliling sekolah.

Gibran awal awal lagi menolak untuk mengikut mereka. Alasan yang diberikannya ialah 'aku takut nanti peminat peminat aku serang aku bila kita berjalan sekeliling sekolah. Nanti tak dapat la korang nak tunjuk mat salleh tu sekeliling sekolah'

Aleesya hanya membuat muka meluat apabila mendengar alasan daripada Gibran.

Selama ni apabila mereka berjalan sekali tidak pernah pula peminat peminat si Gibran tu serang mereka.

Aleesya hanya membiarkan sahaja Gibran bersama alasannya itu.

"So dekat sini kitorang punya library" jelas Ayien.

"Wow..  This place is spacious and comfortable" puji Felix.

Ya. Perpustakaan mereka memang luas dan banyak kemudahan. Ada beberapa buah komputer yang disediakan untuk murid murid mencari maklukat di internet. Ada mesin mencetak untuk kegunaan semua pelajar dan guru dan ada kemudahan wifi oleh kerana sekolah mereka membenarkan murid murid membawa telefon tetapi diharamkan untuk menggunakannya ketika di dalam kelas.

"Yes, kitorang selalu menang tempat pertama perpustakaan terbaik di Malaysia." Jelas Ayien.

"Jom kita pergi kantin. Awak mesti laparkan" cadang Aleesya.

Felix mengangguk lalu mereka pon berjalan ke kantin untuk makan sementara rehat masih berbaki 10 minit lagi.


✨✨

Selepas waktu rehat ialah mata pelajaran Sejarah. Namun Cikgu Mail perlu menghadiri kursus. Jadi semua murid bebas melakukan apa sahaja. 

Beberapa orang murid termasuk Ayien dan Aleesya berkumpul di meja Felix untuk mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam.

"Hey Felix.. you can call me Rain" kata seorang lelaki yang berbadan sedikit gempal.

"Hey Rain"

"Elehh Rain la sangat. Kalau mak kau dah bagi nama Ahmad Hujan tu terima ja lah" kata Aleesya

Semua orang ketawa mendengar kata kata Aleesya.

"Kau ni.. biarlah aku nak berangan sikit. Bukan selalu dapat kawan orang luar negara" kata Hujan dengan muncungnya.

"Aku Luqman. Hang Boleh la panggil aku man ka luq ka apa apa ja la. Asal jangan panggil jebon dan seangkatan dengannya." kata seorang lagi lelaki yang bercakap dengan loghat utaranya yang pekat.

"Saya Farah." Kata seorang perempuan ringkas.

"So awak tinggal dengan siapa dekat Malaysia ni?" Tanya Ayien.

"Saya tinggal dekat Inap Desa Kampung Baru tu" jawab Felix.

"Ouh.. inap desa tu rupanya. Tu memang khas untuk pelancong luar. Sebab kampung kitorang ni antara tempat tumpuan pelancong sebab ada pantai yang cantik,sawah padi yang luas dan air terjun" kata Hujan.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now