•|| PART 18 ||•

5.6K 283 4
                                    

EP. 18 ; Selamat Tinggal


✨✨

Aleesya, Gibran dan Ayien berdiri di hadapan pintu masuk Escape Theme Park yang menjadi buah mulut semua penduduk di Malaysia.

Sesudah subuh lagi mereka bersiap untuk datang ke sini memandangkan perjalanan mengambil masa sejam daripada rumah.

Apa yang mereka paling teruja ialah Taman tema air ini mempunyai gelongsor terpanjang di dunia. Waw! Tak sabar mahu mereka cuba.

"OMG! Macam mimpi ja ada dekat sini. Kau cubit aku" kata Ayien sambil menghulurkan tangannya kepada Gibran.

Gibran tanpa berkata apa apa hanya mengikut kata Ayien lalu mencubit sekuat hati. Ayien menjerit lalu tangannya mengetuk kepala Gibran.

"Kau dah kenapa pukul kepala aku?" tanya Gibran sambil mengurut kepala yang diketuk.

"Yang kau cubit aku kuat sangat dah kenapa. Aku suruh cubit biasa biasa ja" kata Ayien.

"Lain kali bagitahu nak kuat ka nak pelan. Aku mana nak tahu" kata Gibran lalu memberi jelingan maut kepada Ayien.

"Whatever.. Now aku nak bagithu korang yang aim aku kalini nak try semua benda yang ada dekat dalam tu" kata Ayien sambil tangannya memainkan peranan utama.

"Bersungguh betul kau" kata Aleesya.

"Mana tak bersungguh babe. Datang sini bukan selalu. Tambah pulak kalini ada penaja. So aku akan main sepuas hati." kata Ayien.

"So now LETS GO!!" Ayien menjerit lalu berlari masuk ke dalam.

Aleesya dan Gibran terkejut kerana tidak menyangka kawan mereka itu akan menjerit sekuat itu. Semua mata memandang ke arah mereka. Aleesya dan Gibran memandang antara satu sama lain.

"Maaf ye.. Tadi tu budak tanya jalan. Excited sangat kot datang sini" jelas Gibran.

Semua orang mengalihkan pandangan mereka daripada Gibran dan Aleesya.

"Memalukan betul la" kata Gibran.

"Jom la masuk. Kang dia buat hal dekat dalam lagi malu"

Aleesya terus berjalan masuk ke dalam sambil diikuti Gibran. Takut si Ayien tu menggila dekat dalam nak letak mana muka ni. Nasib je la dapat kawan over excited macam dia tu.

"WOII!! KORANG PERGI MANA CEPAT SIKIT AKU DAH TAK SABAR NAK NAIK NI" sekali lagi Ayien menjerit apabila melihat rakan rakannya baru masuk ke dalam manakala dia sudah berjanggut menunggu di situ.

"Ya allah.. Dia jerit lagi. Nak letak mana muka dowh" bisik Gibran.

"Kita pergi tempat lain. Buat buat tak nampak dia." Aleesya terus menolak Gibran ke arah lain. Ayien pula pelik kerana rakan rakannya tidak berjalan ke arahnya.

"WOI NAK PERGI MANA TU? AKU DEKAT SINI LA" jerit Ayien.

Dia terus pergi mengejar Aleesya dan Gibran yang sudah lesap entah ke mana.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now