Episod 41
✨✨
Lee Company
Semua pekerja Lee Company berkumpul di lobby untuk menjemput kedatangan semua ahli lembaga pengarah dan juga pemilik Lee Company iaitu Tengku Iskandar.
Satu persatu kereta milik Lembaga pengarah mula masuk ke perkarangan Lee Company. Semua pekerja menunduk hormat apabila mereka masuk ke dalam bangunan tersebut.
Bilik meeting
Semua ahli lembaga pengarah berbisik sesama sendiri. Mereka juga tidak tahu tujuan meeting ini dijalankan. Oleh itu, bilik mesyuarat menjadi agak riuh.
" Kedatangan Tengku Iskandar " kata seorang lelaki yang menjaga bahagian pintu.
Semua ahli lembaga pengarah berdiri ditempat mereka. Pintu bilik itu dibuka dan ketika itu juga Tengku Iskandar masuk ke dalam.
" Selamat pagi Tengku " kata semua ahli lembaga pengarah.
Tengku Iskandar berdiri di kerusinya dan memandang ke arah semua lembaga pengarah.
" Sila duduk" kata Tengku Iskandar.
Mereka semua pon duduk termasuk Tengku Iskandar.
" Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini. Walaupun saya buat mesyuarat ini secara tiba tiba, saya berterima kasih kerana semua berada di sini.. kecuali Cik Hazel. " kata Tengku Iskandar.
" Apa tujuan sebenar meeting ni Tengku?" tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.
Tengku Iskandar tersenyum apabila mendengar soalan itu.
" Sebenarnya.. Saya dah berfikir panjang. Oleh sebab, saya sudah berumur dan tak seaktif dulu. Saya dah bercadang untuk bersara dan berehat dari dunia perniagaan ni. Jadi.. Saya nak melantik pengganti baru untuk memegang jawatan saya dalam syarikat ini. " kata Tengku Iskandar.
Semua ahli lembaga pengarah mendengar dengan tekun dan mereka mengangguk faham dengan kemahuan Tengku Iskandar itu.
" Jadi.. Kita akan pilih calon calon dari kalangan cucu Tengku?"
Tengku Iskandar mengangguk.
" Jadi siapa yang kita nak calonkan?" tanya Tan Sri Afdhal
" Saya dengar Tengku Aireen baru sahaja graduate bulan lepas. Dia mungkin boleh. Fresh graduate ni biasanya berguna.. " cadang Dato Remy.
Semua bersetuju dengan cadangan itu.
" Tengku Airina juga boleh. Dia pandai mengatur strategi. Dia pon berpengalaman dalam pentadbiran syarikat. Saya dengar dia pernah selesaikan masalah besar yang berlaku di hospital 3 tahun lepas" Ku Syafiq menyuarakan pendapatnya pula.
" Saya sokong kalau Tengku Airina dicalonkan" Datin Roza menyokong Ku Syafiq.
" Jadi mereka berdua sahaj--"
" Macam mana pula dengan anak Tengku Kamil, Tengku Aleesya?" Dato Kimie memotong percakapan Tengku Iskandar.
" Tengku Aleesya? Saya pernah dengar pasal dia. Dia budak bijak la Tengku. Kita perlu calonkan dia.."
![](https://img.wattpad.com/cover/203032439-288-k211741.jpg)
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...