EPISOD 58
✨✨
Pintu wad Zahira ditolak Aleesya. Dia melangkah masuk untuk bertemu dengan perempuan tersebut.
" Zahira.." panggil Aleesya seusai masuk.
Zahira yang sedang bersandar di katilnya memandang ke arah Aleesya yang baru masuk ke dalam.
" Hey Aleesya"
Aleesya meletakkan beg di atas sofa yang tersedia di dalam bilik VIP itu. Dia berdiri di sebelah katil Zahira.
" Awak macam mana? Ada sakit dekat mana mana?" tanya Aleesya.
" Awak janganlah risau. Saya okay. Cuma ada rasa pening pening sikit" jawab Zahira.
" Huu.. Lega saya bila doktor kata tiada benda serius jadi. Baguslah"
" Saya pon bersyukur sebab boleh bernafas and tengok dunia lagi."
Aleesya tersenyum melihat Zahira.
" Saya ada ambil baju daripada rumah awak. Semua ada dalam beg tu" kata Aleesya sambil menunjuk ke arah beg tadi.
Riak wajah Zahira berubah.
" Awak pergi rumah saya?" tanya Zahira.
Aleesya mengangguk.
" Aha.. Saya pergi ambil baju awak. Maaflah saya tak minta kebenaran awak. Saya terus ambil kunci dalam beg tangan awak"
"Err.. Bila saya boleh keluar dari hospital ni?" tanya Zahira.
" Ouh.. Saya tak sempat tanya doktor lagi. Jangan risau nanti saya tanya. Pasal bil hospital jangan risau, syarikat dah byar semuanya" jelas Aleesya.
Zahira teragak agak mengangguk.
" Awak nak makan apa apa? Saya boleh orderkan." tanya Aleesya.
" Takpalah. Saya tak lapar"
"Okay."
✨✨
Gibran's
Gibran melihat jam tangan berjenama Daniel Wellington. Badannya di sandarkan di sisi kereta sambil menunggu kehadiran Aleesya dibawah Lee Hospital.
Pada waktu itu, dia terlihat beberapa kumpulan nurse dan doktor yang baru keluar daripada bangunan hospital itu.
Mereka semua memandang ke arah Gibran sambil tersenyum senyum. Gibran menggaru belakang lehernya dan membalas senyuman itu dengan kekok.
Mereka mula bertepuk tampar dan berbisik sesama sendiri apabila Gibran membalas senyuman mereka. Rasa malu pula mula menebal dalam diri Gibran apabila dipandang begitu oleh wanita wanita tersebut.
Oleh itu, dia mengendahkan pandangan daripada wanita wanita itu. Telefon dibawa keluar dari poket seluar untuk sibukkan dirinya sementara menunggu.
" Hey Gibran!"
Gibran memandang ke hadapan. Dia kembali menegakkan badannya apabila melihat perempuan di hadapannya itu.
" Finally sampai pon" kata Gibran.
" Why?" Aleesya menjongketkan keningnya.
" Tengok orang orang dekat sana tu. Diorang tak habis habis senyum dekat saya" adu Gibran dengan kepala yang tertunduk.
Aleesya mengerutkan dahinya. Dia memandang sekeliling mencari orang orang yang disebut Gibran.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Acak[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...