•|| PART 23 ||•

5.4K 305 15
                                    

Maaf lambat update!!

Episod 23
Kebenaran terbongkar

✨✨

Seminggu berlalu dengan sangat pantas. Hati Aleesya berdegup laju seperti mahu pecah sahaja jantungnya.

Dari semalam tidurnya tidak lena memikirkan majlis yang bakal dia hadiri malam ini.

Malam ini, masa depannya akan berubah. Tapi dia tidak tahu berubah menjadi lebih baik atau menjadi teruk. Dibenci atau disayangi.

Malam ini, satu dunia akan mengetahui kewujudan dirinya sebagai cucu kelapan keluarga The Tengku. Memandangkan majlis hari ini akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Aleesya menatap dirinya dari pantulan cermin. Sekarang dia sedang bersiap untuk majlis malam ini. Juru solek yang diupah oleh Tengku Sofea sedang ligat berkerja untuk mencantikkan Aleesya.

"Tengku Aleesya!" Lamunan Aleesya terhenti apabila Juru solek itu memanggilnya

"Y-ya"

"Telefon Tengku berbunyi dari tadi" kata Juru solek itu.

Aleesya terus melihat ke arah telefonnya. Screen telefon ditatap untuk mengetahui siapa si pemanggil.

Ayah

Butang hijau digeser dan segera telefon itu diletakkan ke telinga.

"Assalamualaikum Ayah"

"Waailaikumussalam Aleesya. Aleesya tengah buat apa?"

"Bersiap untuk majlis tu"

"Ouh.. Ayah mengacau la kiranya ni?"

"Ehh.. Tak. Ayah cakap ja la apa yang ayah nak cakap. Aleesya tak busy sangat pon"

"Hurmm.. Aleesya dah bersedia untuk malam ni?"

"Sejujurnya Aleesya takut sangat sekarang ni ayah. Kalau boleh Aleesya tak nak pergi tapi sampai bila Aleesya nak menyorok kan"

"Hurmm.. Aleesya jangan takut ye. Ayah sentiasa ada untuk Aleesya. Aleesya kena percaya diri sendiri"

"Hurmm"

"Ayah sentiasa tengok Aleesya daripada jauh. Doa ayah sentiasa untuk Aleesya."

"Thanks Ayah. Aleesya sayang ayah"

"Ayah pon. Jaga diri ya"

Panggilan ditamatkan oleh Aleesya. Dia meletakkan kembali telefon itu di atas meja. Juru solek sudah keluar ketika dia sedang bercakap di telefon kerana kerjanya sudah selesai.

Aleesya bangun dan berjalan ke arah cermin panjang yang terlekat di dinding biliknya. Dia menatap dirinya yang agak berlainan dari hari hari sebelum ini.

Mukanya berseri dengan solekan simple daripada juru solek upahan. Dress kembang berwarna baby blue yang berparas betis diragakan olehnya untuk majlis malam itu.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now