EPISOD 62
✨✨
Lee Airlines
Aleesya bagaikan mayat hidup di pejabat. Semua kerja yang dilakukannya semua serba tidak kena.
Nasib baiklah Zahira ada, perempuan itu dapatlah menegur kesalahan yang dilakukan Aleesya. Jika tidak, mesti dia akan dimarahi oleh pelanggan dan orang atasan.
Aleesya melepaskan keluhan berat.
Kring kring kring.
Aleesya mengambil telefonnya yang terletak bersebelahan fail fail.
Ayien😘
Dia memejamkan mata sebelum mengangkat panggilan tersebut.
" Hello.. "
" Hello, Sya. Kau dekat mana? Aku nak pergi melawat Gibran ni. "
" Aku dekat office. Banyak sangat kerja nak kena buat. Fail pon berlungguk lagi aku tak tanda. "
" Ouh.. Aku ingatkan kau dekat hospital. Takpalah.. Aku pergi melawat dulu. "
"Erm.. Kalau ada apa apa perkembangan call aku tau. "
"Okay babe.. Janganlah risau. Gibran tu kuatlah. Dia mesti akan sedar nanti"
"Hurmm"
" Okaylah. Bye see you"
" bye"
Aleesya meraup rambutnya ke belakang. Kemudian, dia sambung membuat kerjanya.
✨✨
Rumah
Aleesya menutup pintu utama rumah. Kakinya melangkah longlai untuk naik ke bilik. Badannya pula terasa penat dan lenguh akibat buat kerja tidak berhenti pada hari ini.
" Aleesya dah balik?" Tengku Sofea tiba tiba menyapa.
Aleesya hanya mengumam sahaja.
" Papa dan Abang ada dekat ruang tamu. Diorang kata ada benda nak cakap dengan Aleesya. Pergilah. Mama nak ke dapur kejap" kata Tengku Sofea.
Aleesya mengangguk.
Dia mengubah langkah ke ruang tamu untuk bertemu abang dan papanya.
Setiba di ruang tamu, Tengku Kamil dan Adrian sedang menonton berita di televisyen.
" Papa.. Abang"
Adrian dan Tengku Kamil memandang ke arah Aleesya.
" Lambat Aleesya balik?" tanya Adrian.
" Ada banyak kerja tertangguh. Sebab tu lah Aleesya kena siapkan" jawab Aleesya sambil melabuhkan punggung di sofa.
" Jangan terlampau memaksa diri. " pesan Tengku Kamil.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Casuale[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...