•|| PART 52 ||•

4.1K 227 10
                                    

Episod 52

✨✨

" Uncle tengah siasat tentang satu kes. Aunty tahu tak dekat mana tempat Uncle selalu buat kerja dia?" tanya Aleesya.

" Dia ada bilik untuk buat kerja dekat dalam. Tapi Aunty tak dapat nak buka bilik tu sebab kunci hanya ada dekat dia " kata wanita itu.

Aleesya mengetapkan bibirnya. Rambut panjang Aleesya dikuak ke belakang.

" Kenapa awak nak tahu tentang bilik tu?" tanya Mateen.

" Uncle mesti ada simpan semua bukti dalam bilik tu. So, saya nak semua bukti tu" kata Aleesya.

Aleesya memandang wanita itu.

" Aunty boleh tak saya nak minta izin untuk pecahkan pintu bilik tu?"

Mateen mencuit bahu Aleesya.
" Awak biar betul?" tanya Mateen.

" Saya perlukan sangat bukti yang ada dalam bilik tu. Saya janji, saya tolong aunty untuk cari Uncle" Aleesya memegang tangan wanita itu.

Wanita itu diam memandang ke dalam mata Aleesya.

"Aunty.. tak tahu macam mana hidup kami bila Uncle tu tak dak...Anak aunty pon masih belajar. " isteri Inspektor Johan itu mula menangis.

Aleesya memeluk bahu wanita itu. "Aunty sabar ye. Aleesya janji akan tolong aunty"

✨✨

Bam!!

Pintu bilik itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh Mateen.

Aleesya masuk ke dalam dan membuka lampu di dalam bilik itu.

Apabila lampu menyala dapat dilihat bilik itu bersepah dengan pelbagai jenis kertas. Dinding pula dilekat bermacam macam sticky note dan artikel.

Aleesya mendekati meja kerja milik Inspektor Johan itu. Dia mellihat satu persatu barang disitu.

" Ada?" tanya Mateen.

Aleesya mengangguk.

" Awak patut cerita dekat saya apa sebenarnya awak tengah siasat. Banyaknya!"

" Nanti saya akan ceritakan. Sekarang tolong masukkan semua ni dalam kotak. Saya nak bawak balik rumah" kata Aleesya.

Mateen mengangguk. Kotak yang berada di bawah meja di letakkan di atas meja lalu kertas kertas dan dokumen penting di masukkan ke dalam kotak tersebut.

Selepas selesai sahaja mengemas semua kertas itu. Mateen mengangkat kotak itu masuk ke dalam kereta.

Aleesya berjumpa dengan isteri Inspektor Johan untuk mengucapkan selamat tinggal.

" Aunty, terima kasih sangat sebab izinkan kami pecahkan pintu bilik tu. Saya janji akan tolong aunty cari Uncle. " kata Aleesya sambil bersalaman dengan wanita itu.

Kemudian, dia membuka beg tangannya dan memberi kad perniagaannya kepada wanita itu.

"Ni kad saya. Dalam tu ada nombor telefon. Apa apa sahaja aunty boleh call saya"

" Baiklah.. "

Aleesya tersenyum manis.

Kemudian, dia berjalan ke arah anak Inspektor Johan. Diserahkan wang sebanyak Rm300 kepada budak perempuan itu.

Aleesya membisikkan sesuatu ke telinga budak perempuan itu.

"Nanti kongsi duit ni dengan umi buat beli coklat dan aiskrim, tau" kata Aleesya.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now