•|| PART 12 ||•

5.4K 276 8
                                    

EP. 12 ; Keluarga kandung


✨✨

1 tahun kemudian

"Senior year!!" Ayien bersorak memandangkan mereka beberapa bulan sahaja lagi akan menamatkan pelajaran diperingkat sekolah menengah.

"Kau tak payah nak bersorak sangat. Tahun ni memang la last untuk kita. Tapi tahun ni juga la kau akan jadi gila sebab ada SPM." kata Aleesya.

"Ye ye... aku tahu. Baru nak feeling sikit kau dah kacau"

"Bukan kacau. Tapi aku INGATKAN je. Kau kan sejak together dengan si Felix tu aku tengok angau lain macam. Sehari tak jumpa macam cacing kepanasan ja. Macam mana nak focus belajar?"

"Aku tahu la Cik Aleesya. Mentang mentang la kau budak terpintar di sekolah ni. Kau nak ceramah perdana free kat aku"

Aleesya hanya memutarkan bebola matanya dan sambung membaca buku Biologi.

"Tapi aku sedih la Sya.. Felix nak balik England."

"Dia balik untuk ambil periksa juga. Nanti dia datang sini balik. Apa susah"

"Kenapa dia tak ambil ujian dekat sini je"

"Apa kebodohnya kau ni. Dia tu lahir dekat England, sekolah dekat England. Sudah SEMESTINYA dia ambil ujian dekat England bukannya Malaysia. Dia tu Transfer student bukannya student tetap"

"Rindu la aku dekat dia nanti. Huhuhu"

"Call je la"

"Mana sama.. feel dia tak sampai"

"Macam tu juga mati.. feel dia tak sampai lagi sebab tu kau tak bertaubat lagi" perli Aleesya.

Ayien memegang dadanya yang terasa seperti ditembak.BAAM!! tepat terkena sanubari Ayien.

"Tak payah nak terasa sangat." Kata Aleesya tanpa memandang Ayien.


✨✨


Aleesya keluar dari bilik airnya selepas selesai membersihkan diri. Dia menghempaskan badannya ke atas katil untuk berehat seketika.

Sekarang ini, dia sudah tamat mempelajari seni mempertahankan diri bersama ayahnya. Semua ilmu telah Sulaiman turunkan kepada Aleesya.

Kelas bersama Ayahnya sudah tamat beberapa bulan lepas. Disebabkan Aleesya seorang yang cepat belajar jadi ia tidak mengambil masa yang lama tambahan pula Sulaiman mahu Aleesya focus dengan SPM

Aleesya memandang siling biliknya yang putih. Dia termenung memikirkan sesuatu yang menjadi tanda tanya di kepalanya.

Flashback~

"Korang nak tahu tak. Senior kita Aleesya tu sebenarnya anak angkat" kata seorang Junior perempuan yang sedang bergosip bersama rakan rakannya.

"Macam mana kau tahu?" Tanya kawan perempuan itu.

"Tadi aku tolong Mrs Dewi kemas fail senior senior tingkatan 5 then, aku baca la sikit biodata Senior Aleesya tu" kata perempuan itu.

"So apa dia tulis?" Tanya kawannya.

"Nama sebenar Senior Aleesya tu. Tengku Aleesya Lee binti Tengku Kamil. Bukannya Sulaiman. Kau cuba fikir.. ayah dia nama Sulaiman tapi dia berbintikan Tengku Kamil. Tak ke pelik tu?"

"Uishh.. tak sangka la pula. Selama ni cikgu cikgu dekat sekolah ni tak pernah sebut nama penuh dia. Sebab tu la tak dak siapa tahu."

"Kesian kan.. anak angkat"

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now