PROLOG
_____________♦♦____________
The Tengku's/ Lee's Family
Siapa tak kenal dengan keluarga ni. Keluarga yang paling kaya dan terkenal dekat Malaysia.
Bukan saja terkenal di Malaysia. Mereka juga terkenal di Brunei, Singapura, Jepun, Amerika dan beberapa negara lain kerana kejayaan business mereka yang memang tidak boleh ditandingi oleh orang lain.
Beberapa ahli keluarga Lee ni juga tersenarai dalam top 10 orang yang terkaya di dunia. Terkejut bukan?
Mempunyai macam² jenis business. Cakap sahaja business apa, semua mereka telah conquer.
Harta mereka? 7 keturunan pon takkan habis guna.Tapi satu ja yang unik tentang keluarga ni...
RnL of Tengku
Nak tahu apa tu RnL of Tengku?
R bermaksud Rules
n
L bermaksud LawKeluarga ini mempunyai undang² dan peraturan yang perlu diikut. Dan semua ini dicipta sendiri oleh Tengku Iskandar Lee.
Entah dari mana dia dapat idea ni. Tapi bila ditanyakan kenapa wujudnya RnL of Tengku ni, dia akan menjawab "Ia untuk memastikan keluarga mereka terus berjaya dan dihormati"
Semua orang di Malaysia mengetahui tentang RnL of Tengku ni oleh itu, keluarga mereka sangat dihormati dan disanjungi.
Namun, dalam banyak² peraturan keluarga ini. Ada satu peraturan yang bagi orang lain. Ia sangat pelik dan membuatkan orang tertanya² sebab wujudnya peraturan itu.
Nak tahu apa peraturannya?
Peraturannya ialah Tengku Iskandar hanya mahu 7 orang cucu sahaja. Hanya 7 orang.
Manakala anak² Tengku Iskandar hanya boleh memiliki selebih²nya 2 orang anak sahaja. Hanya 2 orang anak.
Apabila wartawan atau orang² menanyakan soalan mengapa peraturan itu diwujudkan. Tengku Iskandar Lee akan menjawab. "Saya tak nak cucu saya berebut harta dan kedudukan dalam syarikat. Jadi 7 orang cucu sudah mencukupi untuk mewarisi harta saya"
Idea untuk mewujudkan peraturan ini timbul selepas Tengku Iskandar mimpi keluarganya berpecah belah kerana perebutan harta. Oleh sebab itu, dia mengambil tindakan supaya keluarganya tidak berpecah belah.
Mungkin orang luar menganggap alasan yang diberikan itu masuk dek akal namun bagi ahli keluarga dan anak anak Tengku Iskandar. Ia seperti pengongkongan.
Orang lain sibuk mahu mengembangkan keluarga tapi Tengku Iskandar membuat peraturan seperti itu menyebabkan anak anak dan menantunya terasa terkongkong.
Patutnya apabila anak² sudah berkahwin, mereka yang akan merancang masa depan keluarga mereka sendiri. Tapi sekarang Tengku Iskandar yang merancang semuanya.
Walaupun sudah berusia, perangainya sangat degil. Apabila sesuatu keputusan dia buat. Ia tidak boleh dibantah sama sekali. Semua perlu mengikut tanpa bantahan.
Namun, semuanya berubah apabila salah satu keluarga telah melanggar peraturan tersebut...
.
.
So guys, I'm back untuk cerita baru iaitu The Tengku's. So kalau korang nak tahu konflik keluarga terlajak kaya ni.. Teruskan membaca😉😉
<<vote and support>>
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
De Todo[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...