EP. 15 ; Siapa sebenarnya mereka?
Mari la kita tengok betapa merapunya saya😂😂✨✨
Aleesya dan Gibran berjalan ke dewan. Dari jauh boleh dengar keriuhan di dewan sekolah dengan musik dan suara suara senior tingkatan 5 menyanyi.
Hari ini ialah hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah menengah. Mereka akan meninggalkan sekolah ini dan membawa title bekas pelajar.
Masuk sahaja Gibran dan Aleesya ke dalam dewan. Boleh lihat semua pelajar sedang seronok berpesta. Ada yang menyanyi, menari, berselfie macam macam lah.
"Woiii!!" Panggil satu suara.
Aleesya dan Gibran mengalihkan pandangan mereka.
Ayien
"Korang pergi mana? Sampai hati tinggal aku sorang sorang" kata Ayien.
"Aku nak ajak kau tapi tengok kau dok busy dengan kelab kpop kau tu. So malas la nak ganggu" kata Aleesya.
"Hehheheh.. well aku kan pengerusi kelab kpop sekolah. Sebab tu la busy sikit nak nak hari terakhir sekolah. Aku kena cari pelapis untuk kelab aku" kata Ayien.
"Pelapis gila kpop macam kau" perli Gibran.
"Ehhh ehh.. sedap mulut kau. Kelab aku ni bawa dana kepada sekolah okay. Kitorang menang tempat pertama quiz kpop peringkat antarabangsa. Kau ade?"
"Quiz kpop je pon bukannya quiz math ka sains ka. Tak bawak faedah" kata Gibran.
"Kau.. jangan sampai aku tumbuk mata kau sampai tak leh buka" Ayien menunjuk penumbuknya.
Gibran membuat muka menyampah.
"Guys! Nak aku tangkap gambar korang untuk kenangan? Korang kan budak famous sekolah ni." Tanya seorang lelaki yang sedang memegang kamera.
"Jom jom!!" kata Ayien.
Mereka pon merapatkan kedudukan untuk mengambil gmbar.
Klik!
"Dah."
"Nanti email gambar tu kat aku tau" kata Ayien.
Lelaki itu membuat tanda okay kepada Ayien. Lalu dia beredar dari situ.
"Jom Party!!!" jerit Ayien.
✨✨
Ruang tamu
Aleesya sedang seronok menontom drama kegemarannya di tv. Saleha pula sibuk melipat baju manakala Sulaiman pula membaca surat khabar.
Mereka sekeluarga sibuk melakukan hal masing masing sebelum Sulaiman memecahkan kesunyian.
"Aleesya dah fikir nak buat apa sementara tunggu result keluar?" tanya Sulaiman .
"Hmm.. Aleesya ajak nak kerja. Tapi tak tau nak kerja apa lagi" jawab Aleesya.
"Macam la tak biasa. Bukan selalu Aleesya kerja dekat dobi Gibran tu ka?" tanya Saleha.
"Hmm.. Aleesya ajak nak cari pengalaman kerja dengan orang lain"
"Ikut la.. ayah tak kesah"
Kring kring kring
Telefon milik Sulaiman tiba tiba berbunyi. Dia pon melihat nama si pemanggil di screen telefon.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...