•|| PART 63 ||•

4.2K 272 4
                                    

EPISOD 63

✨✨

9.45 pagi

Aleesya mengoleskan sedikit gincu di bibirnya supaya tidak kelihatan pucat. Kemudian, dia membetulkan rambutnya.

Untuk persiapan terakhirnya, Aleesya menyembur haruman minyak wangi di badan.

Setelah berpuas hati Aleesya mengambil beg tangannya dan berjalan turun ke bawah menggunakan lift.

Ting!

Lift tiba di tingkat bawah. Aleesya keluar daripada situ dan berjalan ke pintu utama. Baru sahaja memegang pemegang pintu, seseorang menyapa Aleesya.

" Aleesya dah nak pergi?" tanya Tengku Sofea.

Aleesya memandang mamanya.

" Aha.. Aleesya nak tengok keadaan dekat sana sekali"  jawab Aleesya.

" Hurmm.. Baguslah tu. Nanti mama dan papa datang. "

Aleesya mengangguk.

" Aleesya pergi dulu ya"

" Haa. Baiklah"

Aleesya keluar daripada rumah. Kasut yang berada di dalam almari di ambil dan disarungkan ke kaki.

" Selamat pagi Cik Aleesya" sapa driver.

Aleesya membalas sapaan itu berserta senyuman.

Driver peribadi Aleesya membuka pintu kereta di bahagian penumpang dan Aleesya masuk ke dalam perut kereta.

Driver itu cepat cepat berjalan ke arah tempat pemandu. Dengan cermat kereta itu di pandu ke Lee Company.

✨✨

Tengku Iskandar's


Lee Company

Tengku Iskandar berdiri di hadapan pintu masuk bangunan Lee Company untuk menyambut kehadiran semua pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan ahli keluarga The Tengku.

Senyuman di ukir dibibir untuk mengalu alukan kehadiran semua orang yang berkenaan.

" Tengku Iskandar.. Lama tak jumpa" sapa Dato Zul lalu berjabat tangan dengan Tengku Iskandar.

" Hahaha.. You're right. Dato pon sama, lama tak datang pejabat saya ni" balas Tengku Iskandar.

" Biasalah.. Sejak kebelakangan ni memang busy. " kata Dato Zul.

Tengku Iskandar mengangguk.

" Jemputlah masuk. Nanti kita berbual lagi." kata Tengku Iskandar.

Dato Zul mengangguk lalu dia berjalan masuk ke dalam bangunan 8 tingkat itu.

Tengku Iskandar terus menyambut tetamu yang lain.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di hadapan pintu masuk itu. Seorang lelaki yang menjadi pembantu membuka pintu di bahagian penumpang belakang.

Tengku Iskandar yang sedang berbual dengan dua tetamu yang baru tiba,  memandang ke arah tuan yang turun daripada kereta itu.

" Tengku Airina dah sampai.. " kata Tan Sri Akmal yang berada di hadapan Tengku Iskandar.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now