•|| PART 09 ||•

6.2K 311 5
                                    

EP. O9 : Seni mempertahankan diri

✨✨

Aleesya mengetuk ngetuk bahunya yang terasa lenguh. Berkat tolong Gibran sampai tengah malam semalam.

"Habis satu badan aku sakit." kata Aleesya.

Aleesya melabuhkan punggungnya di gazebo yang berada di halaman rumah itu.

Disebabkan hari itu ialah hari Sabtu jadi dia merancang untuk menghabiskan masa dengan berehat di rumah. Tak terasa mahu keluar ke mana mana.

Sedang Aleesya melihat kucing peliharaannya yang diberi nama Coco yang sedang bermain di halaman. Ayahnya datang dan duduk disebalahnya.

"Aleesya tak keluar ka?" tanya Ayahnya atau lebih dikenali oleh semua pembaca, Sulaiman.

Kebiasannya anak perempuannya itu akan keluar jalan jalan di sekitar kampung atau melepak dengan ayien dekat tepi pantai. Tapi tidak pada hari itu.

"Tak.. Ajak nak rehat je harini" jawab Aleesya.

Aleesya tersenyum apabila melihat Coco berguling di atas tanah.

Nampaknya lepasni kena terus mandikan dia. Tak pasal malam ni berperang sebab gatal badan.

"Sekarang Aleesya dah umur 16 tahun kan?"

Aleesya mengangguk seperti budak kecil.

"Jadi tiba masa Ayah ajarkan Aleesya seni mempertahankan diri" kata Sulaiman.

"Seni mempertahankan diri? Buat apa? Aleesya kan perempuan.. Bukan semua tu budak lelaki je ka yang belajar?" tanya Aleesya.

Wadushh Aleesya. Cetek benar pemikiran mu😂

"Siapa kata lelaki sahaja? Perempuan yang sebenar benarnya wajib belajar benda ni sebab nak pertahankan diri kalau jadi apa apa. Ikut peratusan perempuan paling banyak ancaman daripada lelaki" Sulaiman berkata kata seperti seorang lawyer.

"Ceywahh ayah.. Cakap dah macam lawyer." usik Aleesya.

"Ayah serius ni. Aleesya kena belajar juga seni mempertahankan diri ni. Untuk masa depan Aleesya juga" kata Sulaiman.

"Hmm.. Ye la"

✨✨

Petang itu Aleesya, Ayien dan Gibran melepak di tepi pantai. Selepas dipaksa oleh Gibran.

"Aku boleh bayangkan hidup isteri kau akan hancur sebab kau suka memaksa" perli Ayien.

"Ala.. Korang dua asyik terperap ja dalam rumah. Alang alang aku free apa kata kita lepak" kata Gibran.

"Dah la semalam punya sakit badan tak hilang lagi. Aku baru ajak nak rest. Kau pula datang rumah aku paksa paksa keluar" Aleesya merungut.

"Hehehe.. Jangan la marah. Kita tiga kan dah kawan dari kecil. Dari Ayien pendek sampai la dah tinggi sikit. Sikit je la. Dari kau Aleesya, rambut pendek macam topi keledar. Sekarang dah panjang macam rapunzel." Ungkit Gibran.

"Dari kau kencing dalam seluar sampai la sekarang hensem macam Zac Efron" sengaja Ayien tekankan perkataan 'kencing dalam seluar'.

Ketawa Aleesya dan Ayien meletus apabila mengingati kenangan mereka ketika kecil dahulu.

Gibran yang sekarang tak sama macam dulu. Kalau dulu, pijak semut pon tak mati. Takut ja mesti kencing dalam seluar.

Tapi sekarang, dialah lelaki paling macho dan paling gagah di kampung mereka. Ceywahh!!

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now