EPISOD 69
_____________♦♦____________
Rumah
5.40 petangAirina, Aryana, Arisya dan Aleesya masuk ke dalam rumah agam Tengku Azhar dan Puan Avelin.
Seperti yang diarahkan mereka semua berkumpul di sini kerana kediaman Tengku Azhar ini menjadi tempat mereka bersiap untuk majlis malam ini.
Mereka berempat berjalan ke bilik Puan Avelin untuk melihat pakaian yang bakal diragakan nanti.
Pintu bilik dibuka dan nampak Puan Avelin, Tengku Sofea, Puan Lina dan Puan Reena sedang duduk berborak di dalam.
" We are home!!" kata Aryana.
" Dah balik pon. Ingatkan dah tak ingat pasal majlis malam ni. " Puan Avelin bersuara.
" Ala.. Mummy kata balik sebelum pukul 6. Sekarang ni baru 5.42 petang. " jawab Aryana.
Puan Avelin tidak membalas. Dia bangun dan berjalan ke arah closet.
" Nampaknya semua dengan rambut baru ye.. " kata Puan Lina.
" Aunty Lina.. Majlis malam ni kan penting. Kena la nampak different daripada biasa. " kata Arisya sambil melibas rambut barunya.
" Ada ada la kamu semua ni. "
Arisya ketawa.
Puan Avelin mengeluarkan empat pasang baju yang berada di dalam closet untuk diberikan kepada mereka berempat.
" Ni Airina punya.. Arisya.. Aryana.. And Aleesya.. "
Mereka berempat melihat baju itu dari atas ke bawah, depan ke belakang untuk memastikan segala cantik dan sempurna seperti yang dimahukan.
" Do you guys like it?" tanya Puan Avelin.
" Yes!"
" Of course.."
" I'm in love with this dress!"
Semua ibu ibu itu tersenyum melihat reaksi gadis gadis itu. Memang terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka.
" Aleesya okay?" tanya Puan Reena.
Aleesya memandang wajah wanita itu.
" Okay. Baju ni cantik sangat. Macam yang Aleesya nak. " jawab Aleesya.
Puan Avelin tersenyum puas apabila mendengar jawapan Aleesya tentang baju yang dibuatnya.
" Now, letak dulu baju tu and pergi guests room. Stylist dah tunggu nak make over korang. " kata Tengku Sofea.
" Yes Ma'am!"
🌠🌠
Tengku Kamil's
Pintu bilik Tengku Iskandar diketuk sebanyak tiga kali. Namun tiada sahutan yang dibalas daripada dalam.
Tengku Kamil tidak berfikir panjang, dia terus memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam. Pintu bilik di buka dan dia masuk ke dalam untuk bertemu Tengku Iskandar.
" Ayah?"
Mata Tengku Kamil melihat sekeliling mencari figura tersebut.
Dan dia nampak Tengku Iskandar sedang berdiri di balkoni bilik melihat pemandangan luar.Tengku Kamil mula melangkah ke arah Tengku Iskandar.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...