EPISOD 64
✨✨
Seorang lelaki dan wanita yang ditugaskan menjadi pengacara majlis naik ke atas pentas dan berdiri di belakang rostrum. Mikrofon diketuk untuk menarik tumpuan semua tetamu sebelum memulakan ucapan.
" Selamat sejahtera diucapkan kepada semua tetamu yang kami hormati sekalian. Kami berharap semua tetamu berada dalam keadaan selesa. Pada hari ini, seperti semua tahu dan sedia maklum. Kita akan mengadakan undian untuk memilih Pengerusi baharu Lee Company yang bakal mengambil alih tugas Tengku Iskandar selaku pemilik rasmi. " pengacara lelaki itu membuka majlis.
" Dua calon telah dipilih atas cadangan ahli lembaga pengarah. Jadi hari ini, kita akan tahu di antara dua calon tersebut siapa yang bakal membawa title baru sebagai Pengerusi Lee Company " kata Pengacara wanita itu.
Aleesya menarik nafas dan menghembus keluar apabila mendengar pengerusi majlis sudah muka memberi kata kata aluan.
" Calon yang menang dalam undian ini dan menjadi Pengerusi Lee Company akan mewarisi separuh harta milik Tengku Iskandar dan beliau boleh mengawal semua business keluarga The Tengku seperti Restaurant, Hotel, Hospital, Syarikat penerbangan dan Kolej yang berada di bawah satu syarikat besar iaitu Lee Company. "
" Jadi, Sebelum kita memulakan pengundian. Mari kita dengar ucapan daripada Tengku Iskandar. Dipersilakan. "
Tepukan gemuruh mula bergema di dalam dewan itu. Tengku Iskandar mula naik ke atas pentas. Sempat juga dia melambai ke arah camera yang merakam perjalanan majlis pada hari itu.
Dia berdiri di tengah tengah pentas sambil memegang mikrofon.
" Ehem.. Selamat sejahtera kepada semua tetamu yang dijemput pada hari ini.. Pertama sekali, saya amat gembira kerana jumlah orang yang hadir pada hari ini memang seperti yang telah ditarget. Sila beri tepukan gemuruh. "
Semua mula menepuk tangan seperti yang dipinta Tengku Iskandar. Tengku Iskandar tersenyum bangga.
" Saya harap dengan jumlah hadirin pada hari ini dapat menentukan masa depan Lee Company nanti..
Dan Saya tak nak berucap panjang sebab saya sendiri tidak sabar untuk ke agenda utama kita sebentar lagi. Apa yang saya ingin katakan ialah pilihlah calon yang SEPATUTNYA dan memang layak untuk mengantikan tempat saya, supaya Lee Company boleh menjadi lebih maju di masa hadapan! "
Aleesya memandang Tengku Iskandar yang berada di atas pentas itu. Dia juga nampak Tengku Iskandar memandang ke arahnya apabila ucapannya hampir ke penghujung.
Aleesya hanya mengendahkannya dan melepaskan keluhan berat.
" Terima kasih kepada Tengku Iskandar atas ucapan tadi. Seterusnya, kita akan ke agenda utama kita. Kami berharap agar semua yang berada di dalam dewan ini sudah bersedia. "
" Ya.. Kami akan memberi masa 20 minit kepada semua untuk membuat pilihan dan menulis nama calon pilihan anda di atas kertas yang telah kami sediakan di atas meja anda. Kemudian, pekerja bertugas akan datang membawa kotak undi untuk semua meletakkan undi tersebut ke dalamnya. "
" Jika semua sudah bersedia. Kita akan mulakan fasa pengundian bermula daripada sekarang. "
Pengacara majlis memberikan arahan untuk semua mula memilih calon mereka.
Semua yang berada di dalam dewan itu mula mencatatkan nama calon yang mereka sokong di atas kertas undi tersebut.
Aleesya hanya diam memandang ke hadapan memandangkan dia tidak perlu membuat undi.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...