•|| PART 80 ||•

4.6K 202 4
                                    

EPISOD 80

_____________♦♦____________

T H E T E N G K U ' S

Aleesya memakai jubah serba hitam dan mengenakan selendang di kepalanya.

Dia keluar daripada kereta membawa botol berisi air dan tikar. Kakinya mula mengatur langkah masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan itu.

Ratusan kubur manusia tersusun disitu. Aleesya berjalan sehingga sampai disebuah pokok redang yang terdapat kubur dibawahnya.

Aleesya menghampar tikar disebelah kubur itu kemudian duduk bersimpuh diatasnya.

Batu nisan yang terukir nama Gibran dipegang Aleesya.

" Gibran.. Saya datang hari ni nak ziarah awak.."

Angin bertiup lembut membuatkan pokok bergoyang seperti melambai .

" Saya.. Rinduu sangat dekat awak, Gibbs. Saya nak jumpa awak, nak peluk awak. "

Pandangan Aleesya mula kabur kerana air mata mula bertakung di tubir mata.

" Saya cuba nak buang awak dari fikiran dan terima yang awak dah tak dak dekat dunia ni. Tapi tak boleh..."

" Macam macam benda saya buat, sibukkan diri. Tapi bila sampai malam sebelum tidur. Awak mesti berlayar difikiran saya. Macam mana Gibbs.. Macam mana saya nak terus hidup kalau macam ni. "

Aleesya mula menangis.

Hampir sejam dia berada di kubur Gibran. Aleesya melepaskan segala yang terbuka di dalam hatinya. Kerana dia dapat rasakan Gibran sedang mendengar semua yang dia luahkan itu.

Aleesya mengambil botol air dan menyiram kubur Gibran. Setelah itu dia bangun dan melipat semula tikar.

" Saya balik dulu ya.. Gibbs. Nanti saya datang lagi. " kata Aleesya sebelum dia pergi.

Dengan berat hatinya, Aleesya mula berjalan pergi dari kawasan perkuburan itu.

🌠🌠
T H E T E N G K U ' S

Aleesya menekan butang unlock di kunci keretanya.

Dia membuka bonet lalu meletakkan tikar dan botol air itu ke dalamnya. Kemudian, dia berjalan ke tempat duduk pemandu.

Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam kereta. Sepasang tangan menerkamnya dari belakang.

Satu tangan menutup mulut manakala lagi satu memeluknya supaya tidak lari.

Aleesya bergelut untuk melepaskan diri. Dia menampar badan orang itu namun pegangan orang itu terlampau kuat.

"Hmmmmmm... " 

Aleesya cuba untuk menjerit meminta pertolongan namun gagal kerana mulutnya ditekup dengan tangan orang itu.

" Kalau kau teruskan menjerit dan cuba nak lepaskan diri. Aku pasti kau akan termasuk dalam golongan tu. " ugut orang itu sambul menunjuk ke arah kubur.

Aleesya mengeleng laju.

" Good. Sekarang aku nak kau ikut aku. Ingat! Kalau kau lari.. Aku ada pistol. Sekali tekan picu pistol tu kau maybe boleh mati. "

Aleesya mengangguk.

Lalu orang itu menolak Aleesya dari belakang supaya berjalan ke keretanya yang berada berdekatan tempat itu.

Tidak sampai 5 minit, mereka sampai di kereta orang itu.

Aleesya mengenggam kedua belah tangannya kerana takut. Tiba tiba pandangannya gelap kerana kepalanya ditutup dengan beg hitam.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now