•|| PART 77 ||•

4.3K 219 3
                                    

EPISOD 77

_____________♦♦____________

T H E T E N G K U ' S


" Bekas Pengerusi Lee Company, Tengku Iskandar Lee dikhabarkan  lari daripada polis apabila beliau telah disahkan mempunyai business dadah secara besar besaran yang dilakukan secara sembunyi. Bukan itu sahaja, lebih daripada 20 orang pekerja dan pihak berkuasa telah diberikan rasuah untuk menutup mulut supaya aktiviti ini tidak diketahui.

Melalui maklumat yang kami dapat juga. Perniagaan ini telah dijalankan hampir 10 tahun. Polis telah menyerbu 4 buah gudang membuat dan membungkus dadah dan juga 3 buah kapal mewah yang mengangkut dadah tersebut ke luar negara. Ketua Polis memaklumkan jika sesiapa terjumpa atau ternampak Tengku Iskandar segera melaporkan kepada pihak polis. "

Tengku Azhar menutup televisyen itu setelah melihat berita ayahnya di skrin.

Semua ahli The Tengku berkumpul di rumah utama untuk berbincang. Mereka masih tidak menyangka dan percaya dengan berita yang diberitahu itu.

" Diorang masih tak jumpa ayah?" tanya Puan Lina.

" Tak. Mungkin ayah lari sebab takut kena tangkap. " lemah suara Tengku Anuar.

" SPRM dan pihak berkuasa lain mungkin akan serbu syarikat syarikat bawah Lee Company. Diorang nak tengok kalau kita terbabit dengan kes ni. " kata Tengku Zafir.

" Macam mana kalau diorang nak sita semua harta kita?" tanya Airina kerana risau.

Semua mengangkat bahu.

" Kita tak boleh jangka apa yang diorang nak buat. Selagi ayah tak serah diri diorang akan geledah semua benda. " kata Tengku Anuar.

Aleesya hanya diam. Takut untuk bersuara memandangkan semua ahli keluarganya berada dalam emosi yang tidak stabil.

Sudahlah dia yang melaporkan tentang hal ini. Tidak pasal pasal semua membencinya.

" Aleesya.. " panggil Tengku Sofea.

Aleesya memandang ke arah mamanya.

" Terima kasih. "

Sebelah kening dijongketkan melihat Tengku Sofea.

" Kalau Aleesya tak report. Mungkin sampai bila bila kita tak tahu. Entah entah selama ni kita makan duit haram. "

Aleesya tersenyum nipis.

" Aleesya buat semua ni sebab nenek. Dia dah cuba halang datuk dulu tapi tak dapat. Jadi sekarang Aleesya jalankan amanah dia. " kata Aleesya.

" Aleesya jangan risau. Kami tak salahkan Aleesya tentang hal ini. Lagipun apa yang datuk buat tu memang salah dan niat Aleesya tu memang betul. " kata Tengku Zafir.

Semua mengangguk setuju.

Tiba tiba seorang maid datang ke tempat mereka berkumpul.

" Tengku.. Polis datang untuk geledah rumah ini." kata Maid itu.

Ketika itu, beberapa orang polis masuk ke dalam.

" Kami polis daripada Bukit Aman. Kami dapat arahan dari orang atasan untuk mengeledah rumah Tengku Iskandar. " kata salah seorang polis sambil menunjukkan waran geledah.

" Buatlah apa yang encik nak buat. " kata Tengku Anuar akur dengan tindakan polis yang mahu mengeledah rumah utama.

Semua polis mula berpecah untuk melihat satu persatu ruang di rumah besar itu.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now