•|| PART 66 ||•

4.3K 224 1
                                    

EPISOD 66

_____________♦♦____________

Tengku Aleesya Pengerusi baru Lee Company

Tengku Aleesya menang dalam hari pengundian pengerusi baru Lee Company

Perbezaan satu undi menjadikan Tengku Aleesya sebagai pemenang

Cik Hazel undi Aleesya sebagai Pengerusi Lee Company

Tengku Airina tewas, Tengku Aleesya Pengerusi baru Lee Company

Tengku Iskandar menghentak mejanya dengan tangan. Telefon yang tadi dipegangnya terus dibaling geram.

" Tak habis habis pasal budak tak guna tu. "

Tengku Iskandar mengurut kepalanya.

Hampir semua media massa memaparkan berita tentang kemenangan Aleesya dalam pengundian semalam. Ia membakarkan lagi hati Tengku Iskandar yang sudah terbakar.

" Walaupun kau menang, aku takkan benarkan kau hancurkan semua business aku. Kau takkan bertahan lama. " Tengku Iskandar tersenyum sinis.

🌠🌠

Aleesya's

Aleesya menaiki lift untuk naik ke pejabatnya. Dia hanya berlagak seperti tiada apa apa berlaku walaupun hakikatnya semalam semua sudah heboh tentang kemenangannya.

Namun, bagi Aleesya kemenangan itu tidak mengubah apa apa. Dia tetap pergi je kerja seperti biasa memandangkan dia masih bekerja di bawah Lee Airlines.

Pintu lift terbuka apabila tiba di aras pejabat Aleesya. Baru sahaja dia melangkah keluar daripada lift, dia dikejutkan dengan bunyi 'pop' yang kuat.

Confetti berterbangan di udara.

" Tahniah Tengku Aleesya!!" serentak semua pekerja.

Aleesya memandang ke arah semua pekerja yang berkumpul di hadapan lift itu. Mereka semua berkumpul untuk meraikan bos mereka yang menang kelmarin.

Aleesya ketawa kecil. Sejujurnya dia agak terkejut dengan kejutan daripada para pekerja itu.

Belon belon tergantung di dinding, ada signboard yang tertulis 'TAHNIAH TENGKU ALEESYA' dan sorang satu pekerja memegang jambakan bunga.

" Ya tuhan.. Korang buat semua ni?" tanya Aleesya terkejut.

" Mestilah! Kitorang datang awal tau semata mata nak hias semua ni untuk Tengku. " kata seorang pekerja bernama Mya.

Aleesya tersenyum gembira.

" Terima kasih semua. Saya hargai sangat. " kata Aleesya.

" Tengku! Kitorang ada beli kek untuk Tengku. Apa kata Tengku potong then kita tangkap gambar ramai ramai." cadang Ahmad.

Semua pekerja bersetuju termasuklah Aleesya. Kemudian, seorang pekerja mengeluarkan sebuah kek daripada kotak.

Dia memegang kek itu dihadapan Aleesya supaya boleh dipotong. Kek itu terlihat sungguh sedap dengan cream dan buah buah tersusun cantik di atasnya

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now