BAB 01

16.7K 297 36
                                    

Harrash betul-betul dah meninggal dan bukannya mimpi. Cerita tidak selalunya berakhir dengan happy ending🌹

Bagi orang yang baru sahaja ingin baca story ini, sila lah baca The King and The Queen terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan story ini juga adalah sambungan daripada story itu.

•••

Bunyi burung-burung berkicauan menyedarkan Maira dari lena. Disebabkan terlupa menutup tingkap, dapatlah dia mendengar burung-burung yang sudah riuh berkicauan dipagi hari. Jam yang sudah menunjukkan angka tujuh pagi membuatkan dirinya tersentak.

"Aryyan sayang, bangun sayang."Maira bersuara lembut sambil mencuit dagu Aryyan yang masih nyenyak diulit mimpi. Walaupun sudah berusia 13 tahun, Aryyan masih lagi bersifat seakan budak kecil. Dia kurang bergaul dengan orang lain dan seorang yang sedikit pendiam. Langsung tidak aktif seperti kakak dan abangnya.

Mungkin disebabkan oleh kesan daripada peristiwa 11 tahun yang lalu dia menjadi seperti itu. Lebih tepat lagi, dia kelihatan seperti kanak-kanak autisme walaupun hakikatnya tidak. Malah dia tidak pergi ke sekolah seperti orang yang normal. Bukan kerana Maira tidak mahu menghantar Aryyan ke sekolah, tetapi dia cukup faham akan keadaan anaknya itu. Tidak membesar seperti anak-anak yang lain.

"Ryyan ngantuk!"rengek Aryyan. Selimut ditariknya kembali menutupi kepalanya.

"Sayang, kita dah terlepas subuh tahu tak? Nanti Allah marah, Ryyan nak ke? Baba pun tak sayang dah dekat Ryyan nanti."Maira cuba memujuk. Liat sungguh mahu bangun tidur. Itulah satu-satunya cara yang paling berkesan untuk membangunkan Aryyan.

"Tak nak!! Baba sayang Ryyan tahu!!"laju dia bangun dan berlari ke bilik air. Maira menggelengkan kepalanya seraya mengukirkan senyuman tipis. Memang pantang betul bila orang cakap nanti baba tidak sayangkan dirinya.

Seusai mandi dan bersiap, mereka berdua keluar dari bilik. Aryyan berjalan menuju ke arah Izzuan yang duduk membaca surat khabar di ruang tamu. Takhta Harrash sudah digantikan dengan Izzuan manakala Maira pula seperti kebiasaan, akan menolong Izzuan menguruskan beberapa masalah berkaitan istana. Tugas seorang Ratu dalam menguruskan beberapa hal turut diambil alihnya seperti biasa memandangkan Eyliz masih dengan tugas biasanya sebagai Ketua Tentera.

"Morning daddy, morning Uncle, morning Aunty, morning Nenek."sapa Aryyan dengan senyuman nipis di bibir. Sekali dia sapa, semua orang yang dia nampak dia akan masukkan dalam sapaannya. Hannif dan yang lain mula tersengih. Sudah terbiasa dengan sapaan Aryyan yang bukan main panjang lagi itu.

"Morning handsome boy!! Dah makan ke belum?"soal Hannif ceria. Aryyan menggelengkan kepala. Itulah sifat pendiamnya. Berat sungguh mulut mahu mengeluarkan kata-kata bagaikan ada emas sahaja di dalam mulutnya.

"Jom sarapan dengan daddy sekali?"ajak Izzuan. Hannif mengangguk mengiyakan apabila Aryyan memandang dirinya seakan-akan meminta keizinan.

"Tapi Ry-Ryyan tunggu ummi. Ummi cakap nak bagi Ryyan bubur."ujar Aryyan takut-takut. Biarpun dia tidak pernah dimarahi oleh sesiapa di dalam istana itu, namun dia tidak dapat membendung perasaan takut yang muncul di dalam dirinya.

"Mari duduk dekat Nek Ngah ni sayang."ajak Puan Melinda. Aryyan hanya akur. Teddy bear berwarna coklat dipeluknya erat. Teddy bear itulah yang selalu berkepit dengan Aryyan hampir 24 jam.

"Nanti nak keluar jalan-jalan dengan Uncle tak?"soal Hakim pula cuba mengumpan Aryyan untuk bercakap. Aryyan menggelengkan kepala. Wajahnya disorokkan di belakang bahu Puan Melinda.

"Ryyan sayang! Mari makan. Tak elok biar perut kosong lama-lama. Ummi dah siapkan bubur yang Ryyan nak ni."ujar Maira dari dapur.

"Ryyan, Ryyan nak pergi dekat ummi dulu. Tata."Aryyan meminta diri dengan tangan yang dilambai perlahan ke arah Hakim. Maira yang berada di meja makan dihampirinya. Begitu juga dengan yang lain untuk makan tengahari bersama-sama.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang