BAB 02

6.4K 218 4
                                    

Bauan aroma masakan dari dapur membuatkan perut Airish berkeroncong hebat. Pulang sahaja dari asrama, dia terus melenakan diri di dalam bilik kerana kepenatan. Sudah digerak bangun oleh Hannif, tetapi dia tetap meneruskan tidurnya.

"Laparnya."gumam Airish dengan suara serak basahnya. Rambutnya yang sudah berserabut dibetulkan kemudian dia berjalan ke bilik air untuk membasuh muka. Usai itu, dia mengambil selendangnya lalu dibelitkan pada kepala. Jam di dinding dikerling sekilas. Terlopong mulutnya melihat jarum jam yang sudah berada di angka 7 petang.

"Lama betul aku tidur. Nasiblah tak boleh solat."bebelnya sendirian. Dia berjalan keluar menuju ke arah ruang tamu. Badannya direbahkan kembali di atas sofa berbantalkan paha Maira. Sedap sungguh!! Di hadapan orang lain pula itu.

"Amboi sedap betul baby baring macam tu. Ni mandi ke tak lagi ni?"tegur Qayyum. Kaki Airish dihempuknya menggunakan teddy bear milik Aryyan. Kalau Aryyan tengok, mahu meraung Aryyan apabila teddy bearnya menjadi mangsa Qayyum untuk menghempuk kaki Airish.

"Rish mandi lepas balik tadi. Malam sikit, Rish mandi balik."gumam Airish yang masih dalam sisa kantuknya.

"Ummi, kakak lapar."adu Airish manja. Mengalahkan Aryyan pula perangainya.

"Mari ikut ummi pergi dapur."ajak Maira. Mereka berdua berjalan menuju ke dapur.

"Manja betul. Dah besar pun."kata Qayyum. Airish yang mendengar hanya melayangkan peace tanpa menoleh.

"Ummi, yang lain pergi mana? Ryyan pun tak ada nampak batang hidung dia."soal Airish seraya mencuci tangannya. Sebelum makan, kenalah cuci tangan. Kalau tidak cuci tangan, sia-sia sahaja dapat penyakit nanti.

"Ikut Uncle Hannif keluar jalan-jalan. Tadi Uncle Hannif dah ketuk pintu bilik kakak. Kakak tu yang nak sambung tidur. Jadi, jangan nak kata Uncle tinggal eh."ujar Maira.

"Ouhh. Alah tu kakak tahulah ummi. Kakak dengar Uncle ketuk pintu tadi."balas Airish. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Tengku Alyssa.

"Argghh..."Ariz menggeliat malas. Dia juga baru sahaja bangun daripada tidur. Selamba dia melabuhkan punggung di sebelah Eyliz dan melentokkan kepalanya di atas meja makan. Sungguh tidak senonoh perangainya yang satu itu. Muka sudah basuh ke belum entah.

"Ariz, lapar tak? Aunty cedokkan nasi nak?"soal Eyliz. Ariz mengangkat muka lalu sengih sebelum kepalanya dianggukan beberapa kali.

"Manja mengalahkan perempuan. Tak padan ke besar."Atif menggelengkan kepala sambil mencekak pinggang melihatkan perangai anak sulungnya.

"Alah sekali sekala je papa. Tak apa kan aunty?"Ariz mengenyit mata ke arah Eyliz. Qayyum sudah ketawa terbahak-bahak melihat Eyliz dan Atif yang terkedip-kedip kelopak matanya, terkejut dengan kelakuan Ariz.

"Arizzz..."itu dia, sudah meleret-leret suara Atif memanggil anak terunanya. Wajah Qayyum pula dipandangnya. Sudah tiada orang lain kalau ajar bab-bab mengurat ke apa ini selain Qayyum.

"Abang memang tak guna kan?!"Atif sudah menyinsing lengan bajunya ke atas. Sudah bersedia hendak membelasah pakar mengurat tidak bertauliah yang satu itu. Qayyum membulatkan matanya. Kakinya diangkat berlari menuju ke belakang Izzah.

"Dah tua bangka pun tak reti berubah!"kutuk Maira sedikit kuat. Airish hanya diam memerhatikan gelagat mereka. Kalau dia bercakap semasa makan, memang mendapatlah dengan Maira.

"Ummi!! Tengok ni Uncle beli bobot untuk Ryyan."ujar Aryyan teruja. Mainan robot di tangannya ditunjukkan kepada Maira.

"Tu bukan bobotlah Ryyan. Itu robot! R.O.B.O.T. Robot."kata Airish sesudah selesai makan. Aryyan mencemberutkan mukanya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang