BAB 08

4.4K 192 8
                                    

Sudah tiga bulan berlalu, Airish masih lagi bersekolah seperti biasa. Sofia pula entah ke mana menyepikan diri. Bukan mereka tidak mahu mencari, namun biarlah Iydan yang uruskan kerana Iydan sendiri yang mengatakan bahawa dia akan menguruskannya sendiri.

"Assalamualaikum."laung seseorang dari pintu. Iydan melangkah masuk menuju ke ruang tamu.

"Iyana, mana ibu?"soal Iydan melihatkan adiknya kusyuk menonton televisyen dengan yang lain.

"Dekat kolam sana."balas Iyana tanpa menoleh. Iydan terus beredar dari situ.

"ARRGHH UMMI!!"terjerit Airish apabila Syahez menolaknya sehingga masuk ke dalam kolam. Syahez sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah Airish yang cemberut, tetapi gelak ketawanya mati tatkala punggungnya ditendang oleh Medina sehingga dia turut terjatuh ke dalam air.

"Padan muka!"ejek Medina lalu menjelirkan lidahnya dan membuat riak wajah menjengkelkan. Puan Zhurah dan Nana sudah menggelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai kasar Medina.

"NURAIN MEDINA!! Jaga kau!!"Syahez sudah berjalan keluar dari kolam renang. Mencicip Medina berlari menuju ke belakang kerusi yang diduduki oleh Maira.

"Mak Long tengok Syahez tu!! Tak baik tau buat dekat perempuan."omel Medina sambil memegang tangan Maira membuatkan tiga wanita itu ketawa.

"Eh aku tak kira!! Sini cepat!!"Syahez sudah bercekak pinggang menuju ke arah Medina.

"No! No! No!"Medina cuba untuk melarikan diri, namun dia tersilap langkah sehinggalah dia terjatuh ke dalam dakapan Syahez. Dia sudah cuak melihat Syahez yang mengenyitkan mata sambil tersengih ke arahnya.

GEDEBUSHH!! BUSHH!!

Seorang sahaja yang hendak dicampak masuk ke dalam air, tetapi dengan Syahez sendiri yang masuk ke dalam air akibat ditarik oleh Medina. Tiga wanita itu dan Airish sudah ketawa besar.

"Ibu?"panggil Iydan seraya menghampiri Nana.

"Iya? Eh Fia pun ada? Marilah duduk."ajak Nana. Sofia mengukirkan senyuman nipis lalu menyalam tangan tiga orang wanita itu.

"ARGHH! MANA ACI DUA LAWAN SATU!"terjerit Syahez akibat dikerjakan oleh Airish dan Medina.

"Kau lelaki, aci lah tu."balas Medina. Airish mengangguk tanda menyokong.

"Airish jangan lasak sangat."larang Puan Zhurah.

"Baik Puan!"Airish membuat tabik hormat. Dia tidak tahu kenapa orang di sekelilingnya terlalu mengambil berat tentangnya. Apabila ditanya selalu sahaja dijawab takut nanti jatuh sakit.

"Fia, kau dah terima Iydan ke? Hari ini elok datang berdua."duga Airish. Dia mula naik meninggalkan Syahez dan Medina yang masih bercakaran di dalam kolam. Dua orang ini tidak pernah mahu berdamai setiap kali jumpa.

"Hmm dah."jawab Sofia malu-malu. Selama tiga bulan ini dia banyak berjumpa dengan Iydan dan berbual sesama sendiri.

"Wow! Kawan aku dah nak kahwin ya?"teruja Airish sampai tidak sedar dia memeluk Maira dalam keadaan basah.

"Kakak, basahlah ummi. Dia ni ummi gigit tangan tu baru tahu."tegur Maira.

"Sorry ummi. I love you."ucap Airish seraya mencium pipi Maira sekilas.

"Dah pergi masuk mandi. Tukar baju apa semua tu. Nanti demam."arah Nana. Airish terus beredar dari situ. Dia juga sudah berasa sejuk kerana hari sudah pun petang.

"Serius Sofia dah terima Iydan?"soal Puan Zhurah berbalik kepada topik tadi.

"Iya."balas Sofia sepatah.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang