"Kau pasti tak ada sesiapa ekori kau datang ke sini?"soal Alex tanpa nada. Mark yang berada di hadapannya dipandang serius.
"Tak ada Tuan. Saya memang dah pastikan tak ada sesiapa pun ekori saya ke sini dan ini fail yang Tuan minta. Perlu ke Tuan bagi fail ini kepada pihak musuh?"Mark menghulurkan fail kepada Alex.
"Erm belum tahu lagi. Aku cuma nak tengok isi fail ni. Okeylah, aku masuk dulu."balas Alex. Langkah kakinya dihayun masuk ke dalam rumah. Telinganya menangkap satu alunan suara merdu sebaik sahaja kakinya menjejak anak tangga. Bacaan itu sama dengan bacaan yang pernah dia dengari suatu ketika dahulu. Hatinya dijentik rasa ingin mendengar dengan lebih dekat.
Daun pintu yang terbuka sedikit sahaja ditolak perlahan ke depan. Mawar yang masih bertelekung dan duduk bersila di atas lantai dihampiri secara senyap kemudian Alex duduk di belakang Mawar tanpa bunyi. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat Mawar yang cantik bertelekung.
Al-Quran dicium setelah selesai membaca. Baru sahaja hendak berdiri, dia ternampak satu bayang di sebelahnya. Kalau bayang dirinya berada di hadapannya, maka bayang siapa di sebelahnya? Mahu kata Alex, Alex pulang pada pukul 10 malam. Ketika ini baru sahaja pukul 9 malam.
"Siapa tu?"gumam Mawar perlahan. Buat seketika Alex mengerutkan dahinya mendengar soalan Mawar kemudian bibirnya mengukirkan senyuman nipis dengan tawa yang tertahan. Muncul idea jahat di kotak fikirannya untuk mengenakan Mawar. Kedua-dua tangannya naik menutup mata Mawar membuatkan Mawar terjerit kecil.
"Woii kau siapa?"soal Mawar takut-takut. Alex hanya diam menahan ketawa.
"Mama, papa, Mawar takut! Alex tolong aku hiks..."Mawar sudah hampir menangis. Tangan Alex yang menutup matanya cuba dirungkaikan namun tidak boleh.
"Aku nak rogol kau masa Tuan aku tak ada ni."bisik Alex menggunakan nada suara berbeza. Air mata Mawar mula keluar dari tubir matanya.
"Janganlah! Lepaskan aku!"pinta Mawar ketakutan. Selalunya dia tidak lemah seperti ini malah melawan. Alex terkejut apabila jari jemarinya terasa basah. Lantas tangannya dialihkan daripada wajah Mawar.
"Weh sorry. Aku saja je nak usik kau tadi."Alex menyeka lembut air mata Mawar. Cemberut sahaja wajah Mawar yang menyapa pandangan matanya.
"Sampai hati betul! Aku takut tahu tak?"Mawar memukul dada Alex kuat. Geram betul dia pada Alex sekarang ini. Lagi-lagi apabila melihat senyuman di bibir lelaki itu.
"Sorry ya sayang? Aku tak sangka pula jadi macam ni. Tadi aku dengar kau baca benda tu. Sedap suara kau dan bunyi dia. Aku diam je lah dekat belakang kau."Alex sengih. Mawar hanya mengangguk kecil.
"Kenapa kau tak melawan aku tadi masa aku tutup mata kau? Selalu kuat je kau melawan sampai boleh smackdown orang."soal Alex pelik.
"Dada aku senaklah. Sakit macam itulah. Tak tahu kenapa. Luka dia rasa sengal dan sakit."adu Mawar.
"Mari aku tengok "ajak Alex. Tangan Mawar ditariknya menuju ke katil. Luka tikaman pada dada Mawar dilihatnya. Terdapat nanah dan juga berair.
"Luka kau dah kena jangkitan kuman ni. Aku kena bersihkan luka kau. Dah bernanah ni. Menyesal aku tak periksa luka kau setiap hari "kata Alex sedikit serius dan serba salah sambil mencuci luka Mawar.
"Gila nak periksa hari-hari! Nanti kau ambil kesempatan, aku pula yang naya!"
"Haishh!"Alex mencubit pipi Mawar dengan bibir yang mengukirkan senyuman lebar.
"Apa haishh-hasihh? Nak kena tampar?"soal Mawar geram seraya menepis tangan Alex. Alex mencebik.
"Garang betul. Aku periksa luka je pun bukan periksa body. Tak adanya kau nak naya bagai."balas Alex.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasía[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...