BAB 07

4.4K 182 18
                                    

Sofia berjalan keluar menuju ke arah pintu utama dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Airish pula hanya diam berjalan di sebelah Sofia. Tanpa diduga mereka bertembung kembali dengan Aarash, Ellyza dan Iydan yang baru selesai melakukan apa yang disuruh oleh Eyliz. Pipi Sofia mula membahang melihat tubuh Aarash dan Iydan yang tidak berbaju tanpa sengaja. Umur baru 17 tahun, tetapi badan sado macam lelaki dewasa.

"Baju mana baju?"Airish mencucuk-cucuk perut Aarash menggunakan jari telunjuk.

"Abang tertinggal dekat halaman."Aarash menepuk dahi dirinya sendiri. Boleh pula dia terlupa.

"Kakak, tolong abang pergi ambil boleh tak? Abang malaslah."Aarash mengedipkan matanya beberapa kali dengan sengihan. Airish menjeling geram abangnya seorang itu. Ini kalau malas dia datang, semua benda pun mahu suruh orang buat.

"Iyalah kakak buat. Ni kalau ummi tengok, mesti abang dah kena bebel tau?"omel Airish. Aarash hanya sengih tidak bersalah.

"Aku balik dulu eh. Jumpa kau nanti."Sofia terus beredar. Tidak dapat tahan betul apabila matanya dan mata Iydan bertembung. Airish hanya terkebil-kebil melihat Sofia.

"Apa Sofia cakap dekat Acik Na?"soal Ellyza ingin tahu. Mengalahkan Iydan pula rasa ingin tahunya.

"Bagi dia masa. Itu je."balas Airish sebelum beredar ke luar untuk mengambil baju Aarash. Terpaksalah bila Aarash sudah kedipkan mata macam itu.

"Aip macam ada peluang je kau nak kahwin awal tu."usik Ellyza tersengih-sengih ke arah Iydan. Iydan hanya menggulingkan bola matanya dan berlalu pergi. Malas layan.

"Eleh usik sikit tak boleh. Dasar beku."Ellyza menjuihkan bibirnya. Airish mengutip baju sekolah milik Aarash yang berada di atas bangku. Sejuk pula dirasakan angin pada petang ini. Mungkin cuaca akan berubah mendung.

"Baby buat apa dekat luar ni? Panas ni baby. Nanti deman pula kan, tak nak pergi sekolah lebih lama lagi ke?"bebel Hannif bercekak pinggang. Geram betul. Sudah disuruh jangan keluar main panas petang semalam, hari ini keluar pula.

"Ambil baju abang ni. Mood pemalas dia dah datang."Airish sengih menunjukkan barisan giginya.

"Eh Aarash ni nak kena betul."Hannif menggelengkan kepalanya.

"Dah-dah jom masuk. Nanti sakit."arah Hannif. Mereka berdua mula melangkah masuk ke dalam.

"Uncle dari mana sebenarnya? Tak kerja ke? Dengan baju tak pakai, badan kotor macam tu. Tengok tu penuh daun rumput melekat."soal Airish.

"Dari tapak latihan tentera. Hari ni ada latihan khas untuk tentera, jadi memang tak pergi kerjalah. Ni baby dah makan ke belum?"soal Hannif seraya menukar topik.

"Belum lagi. Tadi ingatkan nak makan sekali dengan Sofia, tapi dia dah balik pula. Tak seronoklah makan seorang diri."balas Airish.

"Uncle teman nak? Tapi Uncle nak mandi dulu. Busuk ni bau peluh."ujar Hannif. Airish hanya mengangguk teruja. Sementara menunggu Hannif mandi, Airish menghidangkan makanan dengan bantuan dayang istana. Memang tidaklah dia mahu buat seorang diri menggunakan sebelah tangan sahaja.

Kerusi ditarik kemudian dia melabuhkan punggungnya. Rasanya dalam sepuluh minit, Hannif sudah selesai mandi. Airish pula sudah siap menghidangkan makanan dalam tujuh minit sahaja.

"Baby, toleh ke belakang."kata Atif dari arah belakang Airish. Airish menoleh ke belakang dengan perlahan. Tangannya naik menekup mulutnya dengan mata yang membulat.

"Suprise!!! Nah, for you. Suka tak?"soal Atif. Patung lobak merah yang hampir sama panjang dengan ketinggian Airish dihulur ke arah Airish.

"Suka!! Terima kasih Uncle."Airish sudah teruja. Tanpa sedar seseorang melihat mereka dengan perasaan iri hati.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang