BAB 16

4K 194 17
                                    

Kau orang boleh dengar music dalam video tu bila baca part Maira.

•••

Iyana menarik sedikit beg galasnya yang hampir terlurut ke bawah naik ke atas bahu semula. Langkah dilajukan apabila menyedari beberapa pasang mata melihat dirinya.

"Iyana berhenti!"tegas Shafiq memberikan arahan. Iyana serta-merta menghentikan langkah kakinya. Kalau papanya sudah bernada tegas, dia memang takut.

"Ada apa papa? Yana penat."Iyana membalas malas.

"Iyana ni kenapa sebenarnya? Semalam tak balik, hari ini petang baru balik! Yana melepak dengan lelaki mana?"soal Shafiq bengang. Iyana melepaskan keluhan.

"Kenapa apa papa? Melepak dengan lelaki? Kawan je pun, apa salahnya? Bukan Yana buat benda tak patut pun."balas Iyana.

"Iyana kebelakangan ni dah semakin kurang ajar tahu tak? Papa tak kira, Iyana kena diberi pengajaran! Selama seminggu ni, jangan berani nak keluar dari istana ni. Kalau Yana ingkar, papa kurung Yana dekat markas."ujar Shafiq.

"Seriuslah papa? Papa memang kejam tahu tak!"Iyana mendengus geram. Dia menghentakkan kakinya masuk ke dalam bilik. Geram pula dengan sikap Shafiq yang menghukum dirinya.

Bunyi kaca pecah di dapur mengejutkan Shafiq dan Qayyum yang berada di ruang tamu. Setahu mereka hanya Airish yang berada di dapur seketika tadi. Lantas mereka berdua ke dapur.

"Abang!"terjerit Airish apabila Aarash mencempung dirinya.

"Kenapa ni? Buat Uncle risau je. Macam mana gelas tu boleh pecah?"soal Qayyum.

"Ni abang Aarash buat Rish terkejut. Ada ke patut dia peluk Rish senyap-senyap masa Rish tengah minum air?"bebel Airish. Aarash tersengih. Dia sahaja mahu buat kejutan untuk kembarnya, namun tidak menyangka pula gelas akan terjatuh.

"Ish Rash ni pun! Haa bila lagi sampai?"soal Shafiq.

"Baru je Uncle."balas Aarash sambil berjalan menuju ke arah sofa. Airish diletakkan di atas sofa kemudian dia ke dapur semula, mengambil segelas air sejuk untuk Airish.

"Nah minum elok-elok. Ubat dah makan ke belum?"soal Aarash. Airish hanya mengangguk. Jujur Aarash katakan, Airish bertambah kurus dan bukannya semakin berisi.

"Budak baik. Mana semua orang dalam istana ni? Tak nampak pun."soal Aarash pelik.

"Keluarlah. Hari ini hari khamis, semua sibuk."balas Shafiq.

"Ouh okey. Kakak dah makan hari ini?"soal Aarash.

"Dah. Abang, mana coklat kakak? Jangan nak lupa janji eh."ujar Airish.

"Alamak! Abang lupalah kakak."Aarash menepuk dahinya kemudian Airish digeleteknya. Mahu bergurau seketika untuk melepaskan rindu.

"Abang dahlah!!"ujar Airish dengan tawa. Dia tidak boleh tahan grli apabila disentuh pada bahagian pinggang.

"Sampai hati betul abang lupa kan? Tak sayang kakak lah tu."rajuk Airish setelah Aarash berhenti menggeleteknya.

"Taklah. Abang bukan lupa, tapi sengaja tak nak beli sebab nak bawa kakak keluar jalan-jalan. Jomlah. Aryyan tak ada dekat sini ke Uncle?"soal Aarash.

"Tak ada. Dia dengan Iyfan ikut Uncle Hannif pergi pejabat."jelas Qayyum.

"Okeylah kalau macam tu. Rash pergi dululah. Uncle ada nak beli apa-apa tak?"soal Aarash lagi. Qayyum dan Shafiq hanya menggeleng.

Airish dan Aarash yang baru sahaja tiba di mall meliarkan pandangan ke arah kawasan sekitar. Ingin melihat apa yang boleh dibeli.

"Abang, kakak nak air susu sana tu!!"ujar Airish ceria.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang