Hannif mengusap kepala Airish perlahan-lahan usai menyuap bubur kepada Airish. Mahu disuap nasi, Airish tidak berselera.
"Kenyang?"soal Hannif sepatah dengan senyuman di bibir.
"Sudah."balas Airish.
"Okey dah jom bersiap mandi apa semua. Nanti lewat nak pergi majlis resepsi Aarash."ujar Hannif. Airish dibantunya berdiri. Semalam, Aarash dan Eyliz sudah secara sahnya menjadi suami isteri.
"Abi keluarlah. Rish boleh mandi sendiri."kata Airish di hadapan pintu bilik air. Hannif sudah tersengih miang.
"Alaa tak boleh ke kita mandi berdua?"usik Hannif.
"No. Airish malu. Dahlah Airish nak mandi ni."Airish menolak perlahan dada Hannif sebelum menutup pintu. Hannif hanya ketawa kecil.
"Baby, abi keluar sekejap. Nak apa-apa telefon ya?"ujar Hannif.
"Okey."sahut Airish. Hannif terus keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Atif.
"Seorang je turun? Baby mana?"soal Atif. Pelik pula Hannif tidak bersama Airish.
"Ada dekat atas, mandi. Kau kenapa tak siap lagi?"berkerut dahi Hannif menyoal.
"Aku pergi jenguk TPB tadi. Penatlah nak bersiap."Atif mengubah posisinya kepada berbaring.
"Papa jangan nak mengada. Pergi bersiap cepat. Nanti mama naik tanduk."ujar Ariz. Atif mendecit malas.
Ellyza yang baru selesai melayan tetamu di dalam dewan mula melangkah keluar menuju ke halaman tepi. Terkejut dia melihat beberapa orang doktor dan jururawat yang amat dikenalinya turut hadir.
"Fina?"tegur Ellyza.
"Wah kahwin dengan Do— Eh Putera Aarash tak bagitahu ya Cik Ellyza? Tahniah ya."ujar Fina.
"Terima kasih. Hehe. Tadi awak sebut do. Do apa ya? Doktor?"teka Ellyza.
"Err ahh haa doktor. Doktor Danish, teringat pula dekat dia. Sorry lah Doktor Danish tak dapat datang sebab ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan."ujar Fina.
"Ouhh tak apa. Jemputlah makan ya."pelawa Ellyza.
"Tahniah dan semoga cepat sembuh."ucap Eric sebelum berjalan meninggalkan Ellyza. Ellyza hanya mengangguk kecil.
"Kau orang semua pun boleh pergi makan."ujar Ellyza kepada tetamu lain.
Haziq dan Alex melangkah masuk ke dalam dewan. Melilau mata mereka mencari kelibat seseorang. Sampai pada satu gerangan yang memegang teddy bear coklat, lantas mereka berdua menghampirinya.
"Danish? No, I mean Aarash. Duh lama aku cari kau."omel Haziq sambil memegang lengan Aryyan. Aryyan terkebil-kebil seketika dengan wajah polosnya.
"Abang siapa? Nama kita Aryyan bukan Aarash. Abang Rash ada dekat sana."Aryyan menundingkan jarinya ke arah Aarash yang sakan berbual dengan beberapa orang lelaki. Setelah itu, dia berlari menuju ke arah Airish.
"Eh adik ni kenapa? Terkejut kakak."tegur Airish melihatkan Aryyan menyorok dibelakang badannya.
"Takutlah. Tadi ada orang tak kenal tegur Ryyan tau?"cerita Ryyan.
"Hah? Iya? Alolo jom kita pergi dekat abang."ajak Airish. Aryyan hanya mengikuti Airish.
"Aryyan? Duhh kau salah orang weh."Alex tergelak kecil.
"Manalah aku tahu. Muka dia sebijik kot dengan Danish."balas Haziq seraya melangkah menuju ke arah Aarash.
"Panggil Aarash. Bukan Danish. Kalau rahsia bocor, kau yang kena nanti"Alex mengingatkan rakannya. Haziq hanya menjeling tajam. Ada dia kesah? Dah lama pun dia tahu Danish tu Aarash. Sama juga dengan Alex. Hanya mereka berdua yang tahu siapa Danish pada mulanya. Satu kolej perubatan kau rasa?
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Viễn tưởng[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...