"Iyana, boleh Mak Cik masuk?"soal Maira lembut sambil menjengulkan kepalanya masuk ke dalam bilik Iyana. Iyana hanya mengangguk kecil tanda membenarkan. Maira terus melangkah masuk ke dalam dan duduk di sebelah Iyana yang menangis di birai katil.
"Hey kenapa nangis?"Maira mengesat lembut pipi Iyana yang basah dengan air mata.
"Iyana takut."Iyana memeluk pinggang Maira. Maira mengusap perlahan bahu Iyana memberi sokongan.
"Airil kan dah cakap yang dia akan bertanggungjawab? Sekarang ni dia tengah bincang dengan papa dan ibu Iyana. Jangan takut okey? Mak Cik kenal Airil tu macam mana. Sekali dia berjanji, dia tak akan mungkir."pujuk Iyana.
"Dah rehat. Jangan menangis. Baby dalam perut ni pun perlukan rehat."sambung Maira lagi. Iyana dibaringkan perlahan-lahan kemudian diselimutkan sebelum Maira beredar ke ruang tamu.
"Macam mana Iyana?"soal Nana risau.
"Aku suruh dia rehat. Kau tak nak pergi tengok dia sekali?"soal Maira. Dia faham perasaan Iyana dan dia tahu Iyana memerlukan sokongan daripada kedua ibu bapanya. Dia pun pernah melaluinya bukan?
"Okeylah. Jom abang."ajak Nana. Tangan Shafiq ditariknya menuju ke arah bilik Iyana. Buka sahaja pintu, Shafiq terus meluru ke arah Iyana. Tangan Iyana yang ingin memasukkan pil tidur berlebihan ke dalam mulut ditepis kemudian badan anaknya dipeluk.
"Papa."tangis Iyana. Shafiq dipeluknya erat.
"Dahlah tak payah nangis. Jangan jadi manja macam ibu. Hodoh tau?"pujuk Shafiq. Tidak semena-mena Shafiq mendapat jelingan tajam daripada Nana. Shafiq hanya membalas dengan kenyitan mata.
"Kahwin dengan Airil nak? Kesian baby ni nanti."ujar Shafiq lagi. Iyana hanya mengangguk kecil dalam dakapan Shafiq.
"Haih... Pening dengan anak-anak. Sikit-sikit nak berahsia. Apa yang ditakutkan sangat? Buat jenayah ke?"Bebel Shafiq dalam hati.
"Dah jangan nak buat benda bodoh. Papa kurung Iyana dalam loji kumbahan baru tahu. Pergi tidur."Shafiq memberi amaran. Kepala Iyana digosok beberapa kali sebelum dia keluar dari bilik.
"Pergi masuk rehat. Dah lewat ni. Pipi tu jangan lupa tuam ais."pesan Hannif. Bahu Airil ditepuknya beberapa kali sebelum beredar.
"Uncle..."panggil Airish seakan mahu menangis. Kaki digosok-gosoknya kuat.
"Eh baby kenapa ni?"soal Hannif kalut. Laju langkah kaki dihayun menuju ke arah Airish setelah pintu ditutup.
"Sakitlaaa hiks aduhh. Ada siput merayap dalam bilik air"adu Airish.
"Semutlah sayang. Bukan siput. Habis kaki naik bengkak kena gigit. Uncle lupa pula nak sembur resect semalam."Hannif menyapu-nyapu semut yang masih berada di atas kaki Airish. Usai itu, dia terus mencempung Airish ke atas katil.
"Duduk diam-diam. Uncle nak cari ubat sekejap."Hannif mula membuka satu persatu laci untuk mencari krim sapu. Jumpa sahaja, Hannif terus sapu pada kaki Airish.
"Ubat dah makan?"soal Hannif.
"Dah."balas Airish sepatah. Matanya ralit memandang Hannif yang sedang menyapu krim pada kakinya.
"Uncle, Rish nak tanya sesuatu boleh?"soal Airish. Hannif mendongak memandang wajah Airish sebelum mengangguk kecil.
"Uncle menyesal tak kahwin dengan Airish?"soal Airish membuatkan Hannif berhenti menyapu krim. Dari kedudukan mencangkung, dia duduk bersila di atas lantai.
"Tak. Kenapa tanya?"
"Hmm Rish rasa bersalah. Rasa macam Uncle terpaksa kahwin dengan Rish sebabkan permintaan bodoh Rish. Iyalah, Rish kan sakit."luah Airish.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasy[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...