BAB 17

4.1K 167 8
                                    

Ellyza menarik beg berodanya masuk ke dalam istana. Sempat dia meneliti wajahnya pada cermin bedak compact sebelum melangkah masuk ke dalam. Badan direnggangkan sedikit untuk membuang rasa letih di dalam diri.

"Morning Uncle."sapa Ellyza.

"Morning sayang. Baru sampai eh?"soal Atif. Ellyza hanya membalas dengan anggukan kecil.

"Hi handsome."tangan dilambaikan kepada Aryyan. Aryyan yang sedang menikmati milo panas buatan Atif hanya mengukirkan senyuman lebar.

"Mana semua orang? Sunyi je. Daddy mana?"Ellyza memandang sekelilingnya. Hanya Atif dan Aryyan sahaja yang kelihatan di ruang tamu.

"Ada je. Biasalah merayap dalam istana ni. Daddy tak tahulah. Dekat kolam renanglah rasanya tadi."balas Atif. Ellyza terus beredar menuju ke arah halaman tepi. Telefon di dalam poket diambil lalu dia berjalan sambil melihat telefon.

Buruk sungguh perangai! Orang tengok depan, dia tengok telefon. Jalan punya jalan sehinggalah langkah kakinya terhenti apabila dahinya terhantuk akan sesuatu. Agak basah dan keras rasanya.

"Aduh sejak bila istana ni ada tiang dekat kolam."omel Ellyza sambil menggosok dahi. Kepala didongak ke atas apabila merasakan kelainan akan tiang di hadapannya.

"Arghh!"terjerit Ellyza melihat Aarash yang hanya memakai seluar pendek. Tindakan spontannya ingin menolak Aarash ke dalam kolam, tetapi dirinya sendiri pula yang hampir jatuh ke dalam kolam. Nasib baik Aarash sempat memaut pinggangnya.

"Kenapa Lyza jerit-jerit?"soal Atif. Melihat keadaan Aarash dan Ellyza, Atif sedikit melopong. Aryyan pula sudah menutup matanya namun masih melihat melalui celah-celah jari. Biasalah autism, pasti perangai macam budak tiga tahun. Tapi tak apa, Aryyan sentiasa comel!

"Nampak hantu handsome tak berbaju Uncle."balas Iydan yang berada di dalam kolam. Pipi Ellyza sedari tadi memerah semakin memerah. Malu! Lantas kakinya diatur berlari masuk ke dalam. Tiga lelaki itu sudah ketawa mengekek. Ellyza yang mendengar gelak ketawa mereka sudah menyumpah seranah di dalam hati.

"Ryyan, jom mandi kolam."ajak Aarash.

"Nanak."Aryyan menggelengkan kepalanya sambil jari telunjuknya digoyangkan ke kiri kanan tanda tidak mahu.

"Are you sure?"soal Aarash dengan sengihan.

"Apa cuwe Uncle?"soal Aryyan pelik. Atif ketawa kecil. Tidak sempat membalas, Aarash sudah mencempung Aryyan menuju ke arah kolam. Aryyan nampak sahaja chubby, tetapi badan dia ringan sahaja.

"Arghhh abang!! Basah beruang adik!"rengek Aryyan terjerit-jerit apabila air sudah mengena bahagian perutnya.

"Campak dekat atas cepat sebelum abang basahkan."ujar Aarash.

"Mana boleh!! Sakitlah dia kalau Ryyan campak."Aryyan membalas dengan muka sedih.

"Aduh budak ni! Bagi dekat Uncle cepat."pinta Atif. Aryyan dengan sedikit teragak-agak menghulurkan patung beruangnya kepada Atif.

"Abang! Ryyan lemas nanti!"Aryyan memeluk erat pinggang Aarash apabila Aarash melepaskan tubuhnya ke dalam air.

"Tak. Cuba luruskan kaki Ryyan, pijak lantai."arah Aarash. Air sampai dekat bahagian dada dia sahaja pun. Aryyan pula setinggi bawah dagu Aarash. Airish pula tingginya hanya paras telinga Aryyan. Nampak tak perbezaan ketinggian di situ?

"ARGHH ABANG!"jerit Aryyan apabila sepasang tangan cuba menarik kakinya. Iydan yang baru timbul dipermukaan air ketawa jahat. Seronok betul kalau dapat kenakan Aryyan. Usik-mengusik dia macam usik budak empat tahun rasanya.

"Abang Iydan jahatlah! Ryyan nanak kawan dengan abang."Aryyan mencemberutkan mukanya sambil berpeluk tubuh.

"Aloo abang nak bergurau je. Kalau Ryyan tak nak kawan dengan abang, siapa nak kawan dengan abang nanti. Ryyan kan comel."Iydan mencucuk-cucuk pipi Aryyan.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang