Airish mengubah posisi baringnya kepada duduk. Medina dan Hanis yang sedari tadi bersembang sakan dengan Airish menolong Airish membetulkan kedudukan.
"Dada akak sakit tak lagi?"soal Hanis.
"Tak dah. Cuma itulah, akak rasa lemah lagi. Dina, boleh tolong akak tak?"soal Airish menukar topik.
"Tolong apa kak? Kak Airish lapar ke?"duga Medina. Airish menggeleng kecil.
"Akak bosanlah asyik terperap dalam bilik dua tiga hari ini. Papah akak pergi taman ummi tu boleh?"pinta Airish.
"Abang Aarash marah tak? Nanti Dina kena karate dekat dia, sebulan tak boleh bergerak."soal Medina. Airish dan Hanis ketawa kecil. Rasa lucu pula dengan kenyataan Medina.
"Weh gemuk, sini sekejap!"panggil Syahez yang berada di hadapan balkoni pintu gelangsar bilik Airish.
"Kau nak apa?"soal Medina seakan marah. Suka hati sahaja Syahez panggil dia gemuk!
"Kau tolong simpan telefon aku dalam bilik sekejap. Aku terdesak ni. Aku kena pergi tapak latihan sekarang."ujar Syahez seraya menghulurkan telefonnya. Medina hanya mengambil telefon itu. Kalau Syahez sudah terdesak seperti itu, tidak lain tidak bukan kerana Hakim suruh dia berlatih.
"Okay thank you. Bye!"Syahez terus berlari pergi dari situ. Medina hanya mencebik meluat. Airish dihampirinya semula.
"Dina ada apa-apa ke dengan Syahez? Sweet sangat ni."usik Airish.
"Tak ada apa-apa pun. Tadi kak Airish kata nak keluar. Jomlah."Medina menukar topik. Airish sudah menjuihkan bibirnya. Mahu mengelaklah itu.
"Hanis bawa tiang ni ya? Jarum iv drop akak tak boleh buka lagi Aunty Sarah cakap."ujar Hanis. Airish hanya mengangguk kecil. Cardigan disarungkan pada badannya. Usai itu, mereka mula bergerak menuju ke taman.
Airish di dudukkan di atas bangku di bawah sepohon pokok. Nyaman sahaja terasa udara di situ dengan daun-daun yang berguguran. Memandangkan sudah musim luruh, maka banyak daun-daun yang berubah warna dan mula berguguran.
"Kau orang pergilah dulu. Akak nak bersendirian sekejap."pinta Airish.
"Nanti ada apa-apa telefon je Dina atau Hanis. Kami ada dekat kolam."ujar Medina. Airish hanya mengangguk kecil.
"Rindunya baba."luahnya perlahan apabila dia sudah keseorangan di taman itu. Bagi Airish, di sinilah tempat yang paling banyak Harrash meluangkan masa dengannya kerana kata Maira, Harrash menanam hampir 80 peratus tumbuhan di taman ini sendiri.
Matanya dipejam seketika menikmati udara di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa mula menampar wajahnya. Lama dia memejamkan mata sehinggalah merasakan tempat di sebelahnya diduduki oleh seseorang. Mata dicelikkan memandang ke arah gerangan itu.
"Hai baby."sapa Hannif dengan senyuman.
"Hai Pak Cik."Airish membalas senyuman Hannif. Disebabkan bibirnya sudah merekah dan luka, dia hanya mengukirkan senyuman kecil.
"Bibir tu dah teruk merekah. Nanti Uncle beli pelembap bibir. Ni kenapa keluar duduk sini seorang diri?"soal Hannif.
"Saja nak hirup udara segar. Hampir seminggu terperap dalam bilik, rimaslah."Airish menjuihkan bibirnya.
"Kan baby sakit. Macam mana nak keluar? Nanti makin sakit pula."ujar Hannif.
"Hurm. Uncle, kenapa datang sini? Tak kerja?"soal Airish pelik. Biasanya waktu pagi begini, Hannif pasti sudah berada di pejabatnya.
"Saja. Tak ada meeting apa-apa dekat pejabat, baik tak payah pergi. Nanti bosan. Dina cakap baby nak duduk sini seorang diri. Jadi Uncle datanglah. Bimbang apa-apa jadi dekat baby."jelas Hannif.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasía[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...