BAB 69

4.6K 231 76
                                    

Sandra mencelikkan matanya perlahan-lahan kemudian kawasan sekelilingnya diamati seketika. Dia cuba mengingati apa yang sudah berlaku pada dirinya. Air matanya laju sahaja menuruni tubir mata apabila mengingati setiap patah perkataan Tengku Aizat.

"ARGGH! AKU BENCI KAU!"tempik Sandra kuat. Mawar dan yang lain yang berada di bilik sebelah di mana Alex ditempatkan terkejut.

"Siapa tu?"soal Mawar perlahan.

"Sandra tu mama."ujar Medina kepada Mellysa. Mereka terus ke wad sebelah untuk melihat.

"Eh Sandra? Macam mana dia boleh ada dalam wad ni?"soal Mawar agak terkejut. Lantas Sandra didekatinya.

"Tengku Aizat tikam dia."jawab Shafiq bernada datar.

"Ya Allah! Sanggup betul papa dia buat macam tu dekat anak sendiri!"ujar Mawar menimbulkan reaksi pelik dari yang lain.

"Sandra... Kau dah kenapa?"soal Mawar risau. Dia duduk di birai katil sambil menenangkan Sandra.

"Papa aku bunuh mama aku. Dia jahat! Dia pergunakan aku dengan abang Alex. Abang Alex tu bapa saudara aku."ujar Sandra tersedu-sedan sambil memeluk Mawar. Mawar sedikit terkedu kerana selama dia kenal Sandra, Sandra sangat membenci dirinya.

"Alex ada dekat bilik sebelah. Papa kau tembak dia."kata Mawar. Sandra tergaman sejenak.

"Tak mungkin... Tak mungkinlah! Mesti kau yang hasut papa aku jadi macam tu kan? Mesti kau yang sebabkan abang Alex kena tembak!"duga Sandra. Tubuh Mawar ditolaknya menjauh sehinggakan Mawar hampir terjatuh. Mujur sahaja Ariz sempat menyambut tubuh Mawar.

"Kau dah kenapa perempuan nak main tuduh-tuduh orang? Sedar diri lah sikit yang papa kau dah terang-terang memang jahat!"marah Ariz.

"Ariz! Mulut tu jaga sikit!"marah Atif. Kalau tidak silapnya, Sandra dikira sebagai sepupunya dan mempunyai pertalian darah dengan mereka memandangkan Sandra merupakan anak Tengku Aizat. Ariz hanya diam tidak menjawab. Perasaan marah meluap-luap dalam dirinya hanya mampu ditahan sahaja.

"Keluar je lah! Keluar! Aku benci kau orang! Keluar!"raung Sandra seperti orang tidak waras. Beberapa orang jururawat mula memegang Sandra untuk menyuntik ubat penenang pada bahu Sandra.

"Dia dah kenapa doktor?"soal Mawar risau.

"Dia cuma tertekan. Kalau benda macam ini berlarutan, Cik Sandra mungkin kena berurusan dengan pakar psikiatri."ujar Doktor Sue.

"Okey terima kasih doktor."balas Mawar. Langkah kaki dihayun menuju ke wad Alex pula. Sempat dia mengusap kepala Sandra sekilas. Pasti Alex sedih melihatkan Sandra yang dia sedaya upaya cuba lindungi kini dalam keadaan ini.

"Mawar, apa yang dah jadi sebenarnya? Mama tak fahamlah. Mind to explain?"soal Izzah.

"Boleh mama. Duduklah Mawar jelaskan."balas Mawar. Masing-masing mula mengambil tempat duduk.

"Sebenarnya macam ni, Alex selamatkan Mawar masa Mawar hanyut dalam air. Dia guna mayat orang lain untuk buktikan yang mayat tu sebenarnya Mawar. DNA apa semua yang sama berkaitan dengan Mawar, dia yang palsukan. Dia kan doktor dekat hospital ni.

Dia cakap dia buat semua tu untuk kebaikan Mawar juga. Dia tak nak Tengku Aizat sakitkan Mawar sebab dia sukakan Mawar. Untuk diringkaskan tentang keadaan Mawar dan Alex, kami dah berkahwin. Macam mana kami berkahwin biarlah rahsia. Cuma Mawar minta, jangan marahkan Alex."cerita Mawar.

"Macam mana kau boleh tiba dekat istana tadi? Kenapa tak terus duduk je dengan dia? Ke kau yang lari?"duga Syahez.

"Bukanlah. Orang-orang Tengku Aizat serang rumah kami. Alex suruh aku pergi ke istana sementara dia bergelut dekat sana."ujar Mawar.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang