"Riz, mana Sandra?"Alex mencuit bahu Ariz yang sedang nyenyak tidur. Ariz meraup mukanya seketika sebelum memandang ke arah Alex, mamai.
"Hah apa?"soal Ariz.
"Sandra mana? Dia cedera teruk tak?"soal Alex.
"Sandra ada dalam wad hujung sana. Dia kritikal sebab minum banyak sangat racun Dyrenzhia. Pandai-pandai kau lah bagi dia minum penawar tu secepat mungkin. Sebab kata doktor, kalau dia tak minum setelah 24 jam, serta-merta dia akan mati."ujar Ariz tanpa perasaan.
"Ya Allah."Alex meraup muka seketika. Terkejut dengan kenyataan yang diberitahu oleh Ariz.
"Mana aku nak cari penawar racun tu? Bukan ke racun tu tak ada penawarnya?"soal Alex bingung. Ariz mengerutkan dahinya. Tidak akanlah Alex tidak tahu sedangkan dia bersama dengan Sandra dan Tengku Aizat selama dia hidup? Sandra pun tahu penawarnya apa dia.
"Kau buat tak tahu atau memang tak tahu? Sandra sendiri pun tahu penawar racun tu. Macam mana pula kau boleh tak tahu?"soal Ariz hairan. Mukanya jelas menunjukkan riak wajah bengang.
"Aku memang tak tahulah. Aku mana rapat dengan papa. Sandra je yang rapat. Apa penawar dia?"
"Nanti aku suruh pengawal hantar. Aku nak balik dululah. Aku nak mandi."pamit Ariz dibalas anggukan kecil daripada Alex. Sampai sahaja di istana, Ariz memakai semula T-shirt putihnya yang masih basah ingin menutup luka di belakang badannya. Dia hanya membenarkan Haiqal mencuci dan merawat luka. Ingin dibalut, rasanya tidak perlu dan dia tidak mahu memandangkan luka itu sudah hampir kering.
Dia rimas sebenarnya apabila ada sesuatu seakan mengikat badannya. Dan disebabkan itulah juga dia menghalang Haiqal daripada membalut lukanya dengan menggunakan kain kasa. Baru sahaja ingin melintasi ruang tamu, kakinya terhenti saat mendengar satu suara memanggil namanya.
"Ada apa Nek?"soal Ariz. Mulutnya ditekup apabila dia mula menguap. Rasa mengantuknya bagaikan sudah tidak dapat dibendung dengan air hujan pada badannya masih lagi belum disental.
"Dah jumpa Sandra?"soal Puan Zhurah dengan matanya yang menatap ke arah Ariz.
"Dah Nek. Alex ada dengan dia dekat hospital. Sandra minum racun Dyrenzhia sebab nak bunuh diri. Nanti suruh dayang rebus buah tu, lepas tu hantar dekat Alex secepat mungkin. Ariz nak naik tidur dulu. Mengantuklah Nek."
"Iyalah. Dah pergi naik tidur."balas Puan Zhurah mengalah.
"Eh-eh sekejap! Abang kenapa dengan belakang badan kau? Kau luka ke?"soal Nadia. Ariz sudah terkedu seribu bahasa. Sudah terbongkar ke?
"Ermm... Ermm taklah. Mana luka. Aku rasa kesan kotoran je. Dahlah aku nak naik."kata Ariz sedikit tergagap-gagap.
"Kau tak boleh tipu aku lah!"dengus Nadia. Dia mara ke arah Ariz lalu baju Ariz diselaknya ke atas. Nadia jatuh terduduk akibat terkejut. Luka Ariz agak menyeramkan baginya sekali pandang.
"Hah! Dah puas hati?"soal Ariz geram. Rasa mahu tendang Nadia sampai keluar istana sahaja rasanya.
"Riz kena apa Riz?"Sarah mula bersuara. Risau pula dia melihat luka anaknya yang kelihatan agak dalam itu.
"Riz kena pedang mama. Tak sangka pula hari tu anak buah Tengku Aizat main pedang. Dah moden pun masih guna pedang. Apa cerita? Haish..."bentak Ariz.
"Apa cerita? Ni lah cerita dia! Haa kan mendapat! Dah luka, bukan nak bagitahu! Kalau iya pun tak nak bagitahu, sekurang-kurangnya rawatlah!"jari jemari Sarah mula naik mencubit lengan dan bahu Ariz.
"Aduh-aduh! Sakit mama! Papa tengok mama n!! Sakitlah! Auchh! Aduh!"
"Padan muka!"ejek Atif. Dia pun mula risau sebenarnya melihat luka Ariz yang panjangnya kira-kira 40 cm di belakang badan. Belum lagi dengan kedalaman luka itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasy[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...