BAB 20

4.4K 178 29
                                    

Airish membetulkan sedikit dress labuhnya setelah menutup pintu bilik. Senyuman nipis diukirkan tatkala melihat Aryyan yang sudah mengukirkan senyuman lebar di ruang tamu.

"Eh kenapa keluar? Dah okey dah?"tegur Qayyum. Hannif pula masih membisukan diri di satu sudut di ruang tamu. Dia termenung sebenarnya sampai tidak sedar Airish keluar dari bilik.

"Dah. Semalam kan Rish cuma sesak nafas. Tu benda biasa je."balas Airish.

"Sesak nafas semasa tidur? Bahayalah baby! Lepas ni kalau nak tidur kena pakai topeng oksigen tu selalu."ujar Hakim. Hannif di sebelah mula tersedar ke realiti mendengar suara Hakim. Duduk di sebelah, memang terganggulah menungan dia.

"Okey."balas Airish sepatah. Iyana dengan sengaja merempuh bahu Airish kuat ketika lalu di sebelahnya. Sudahlah dia tengah dalam mood tidak baik, nampak pula muka orang yang paling dibencinya.

"Iyana tak boleh jalan elok-elok ke?"marah Shafiq yang berada di meja makan.

"Iyana tak sengajalah! Terlanggar sikit macam tu tak akan dah sakit? Dasar manja!"hambur Iyana. Airish di sebelahnya dijeling. Selamba dia meneguk jus anggur.

"Iyana ni dah kenapa? Melampau tahu tak?"marah Shafiq lagi.

"Rish tak suka Uncle marah-marah macam ni."ujar Airish. Shafiq menghentakkan garfu ke dalam pinggan dengan kasar. Masih cuba disabarkan amarahnya. Kalau diikutkan hati, sudah lama dia menampar Iyana.

"Dengar pula cakap Airish ya? Perlu ke Iyana berterima kasih dekat Airish sebab buat papa bertenang macam ni? Iyalahkan, dia kan kesayangan semua orang. Sampai anak sendiri pun diabaikan disebabkan perempuan ni!"sinis Iyana.

"IYANA!"jerkah Shafiq geram.

"Aku minta maaf kalau kau rasa macam tu. Aku tak berniat nak—"kata-kata Airish laju dipotong oleh Iyana.

"Nak apa? Nak menagih kasih sayang dengan mak bapak orang? Seronok sangat ke? Kalau nak sangat kasih sayang, pergilah cari jantan! Tak payah sibuk nak menagih kasih sayang mak bapak orang sangat!"tempik Iyana sebelum dia beredar laju dari situ.

Shafiq sudah menumbuk meja makan dengan kuat. Kali ini tahap kesabarannya memang sudah melebihi had. Nana di sebelah cuba menenangkan Shafiq. Kalau tidak tahu lagi tahap kemarahan Shafiq macam mana, baik diam. Anak sendiri pun dia sanggup cederakan.

"Kita makan jom. Airish lapar kan?"tegur Aisyah. Tangan Airish dipimpinnya menuju ke arah meja makan. Airish hanya mengukirkan senyuman hambar dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Jujur hatinya sangat terkesan dengan kata-kata Iyana tadi. Namun disabarkan dirinya daripada menangis.

"Uhukk! Uhukk!"terasa perit tekak Airish apabila dia tersedak bubur. Hannif lah yang paling risau. Dari ruang tamu dia berlari menuju ke arah Airish tergesa-gesa.

"Baby okey tak ni?"soal Hannif. Yang lain memang sudah terbiasa dengan perangai Hannif yang satu itu. Pantang betul melihat anak-anak asuhannya sakit. Tidak kiralah yang mana pun.

"Rish o... uh huh..."terasa sesak nafasnya. Kepalanya semakin memberat untuk ditampung. Dengan hidung yang sudah mengeluarkan darah, dia pengsan untuk sekian kalinya.

"Baby? Baby okey tak ni?"soal Hannif cemas. Bahu Airish digoncangnya beberapa kali sebelum dicempung menuju ke bilik rawatan.

•••

"Betina tu memang buat aku sesak nafas!! Hari ini aku nak ajar cukup-cukup!"Iyana menarik kayu besbol masuk ke dalam gim milik Lara dengan muka bengang. Dua orang anak buah Lara yang cuba menghalang Iyana dipukul tanpa belas kasihan oleh Iyana.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang