BAB 49

3.7K 182 40
                                    

"Macam mana? Betul-betul mayat Mawar?"soal Puan Isya. Bengkak matanya akibat menangis. Macam mana tidak menangis kalau cucunya sendiri yang dikhabarkan meninggal.

"Betul Mak Cik. Barang-barang yang ditemui dengan mayat serta tanda lahir di belakang bahu Mawar dah menunjukkan yang mayat itu memang Mawar. Kita cuma kena tunggu result ujian DNA keluar untuk pengesahan sekali lagi."jelas Shafiq. Izzuan meraup mukanya mendengar penerangan Shafiq.

"Musuh betul-betul licik Fiq. Dari kematian Harrash lagi musuh tak dapat ditangkap. Aku tak boleh pandang ringan dah hal ni. Aku kena cari dengan orang dalaman. Tak semudah itu dia boleh serang kita melainkan dia tahu sistem kawalan keselamatan kita atau seseorang report dekat dia."ujar Izzuan.

"Jadi macam mana perancangannya?"soal Hannif.

"Aku pun nak sertai juga."Qayyum melabuhkan punggungnya di sebelah Hakim. Dia tekad ingin membalas dendam atas kematian anaknya. Hutang nyawa dibayar nyawa.

"Kita bincang dalam library je. Bahaya untuk berbincang di luar macam ini je. Kita tak tahu apa benda tersembunyi dalam istana ni walaupun dari kecil lagi tinggal dekat sini."ujar Izzuan. Mereka terus berjalan menuju ke perpustakaan.

Airish menepuk paha Syahril perlahan, cuba menidurkan si kecil itu. Disebabkan Aarash melarang dia daripada bangun dan keluar dari bilik, maka dia hanya terperap di dalam bilik dengan si kecil itu. Tenang sahaja wajah si kecil itu dengan mata bulatnya yang bersinar.

"Anak mama tak nak tidur ya?"Airish bersuara memecahkan kesunyian di dalam bilik itu. Si kecil hanya diam dan terus memandang ke hadapan. Masih belum pandai berinteraksi dengan sesiapa. Mendengar ketukan pintu, Airish menoleh memandang ke arah pintu.

"Hai kak Airish."sapa Hanis sedikit ceria. Di belakangnya turut ada Medina dan Sarah. Afiqah entah ke mana pergi. Mungkin mengikuti Izzah dan Qayyum atau mungkin dia terperap di dalam bilik.

"Hmm ya?"sahut Airish.

"Bagi Aunty tengok tangan tu sekejap."pinta Sarah. Tompok kebiruan di lengan Airish cuba ditekannya perlahan.

"Sakit tak?"soal Sarah.

"Tak Aunty, tapi kaki Rish rasa lenguh dan sengal. Tak larat nak gerakkan selalu."adu Airish. Sungguh tidak selesa dirasakan di bahagian kakinya. Sarah menyelak kain yang dipakai Airish sehingga ke bahagian betis. Di bahagian kaki Airish turut terdapat beberapa tompok biru seperti di bahagian lengan.

"Aunty sentuh ni sakit tak?"soal Sarah.

"Tak sakit Aunty, tapi tak selesalah."balas Airish.

"Cuba kawal pernafasan tu."suruh Sarah saat terlihat dada Airish mula berombak kencang seolah-olah tidak cukup nafas.

"Okey."balas Airish sepatah.

•••

Hanna menyelak rambutnya ke belakang. Rimas terasa apabila rambutnya melekat di leher dengan peluh yang mula membasahi permukaan kulitnya. Baju mayat di hadapannya selamba sahaja dibuka.

"Boleh kami bantu Puteri?"soal salah pengawal yang turut ada di situ untuk menyiasat tempat kejadian.

"Tolong periksa badan dia untuk tengok jika ada sebarang tanda seperti tattoo atau lain-lain. Periksa sekali mana-mana poket mereka. Jumpa sahaja sesuatu terus tunjukkan."jelas Hanna. Dia tidak akan berpuas hati selagi dia sendiri tidak siasat. Dia bertekad ingin mencari pembunuh Mawar. Selagi tidak dijumpai, selagi itu dia tidak akan tenang, malah keluargnya turut akan diancam.

"Cuma rantai ini yang saya jumpa. Selain daripada ini, tak ada apa-apa yang pelik pun Puteri."ujar lelaki itu.

"Hmm kami pun jumpa rantai. Nampak sama sahaja dengan rantai yang itu."ujar seorang lagi lelaki seraya menghampiri Hanna. Hanna mengambil kedua-dua rantai itu lalu menelitinya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang