BAB 56

3.6K 173 19
                                    

Hannif membelai lembut kepala Airish yang nyenyak tidur. Sarah di sebelah Airish yang sedang membetulkan beg darah dipandang sekilas. Airish sudah dipindahkan ke bilik Hannif dan Airish tidak akan ditinggalkan walaupun seminit. Mereka pasti, Airish adalah mangsa musuh mereka ketika ini.

"Aku dah siap. Esok kalau beg air ni dah habis, terus bagitahu aku. Kalau kau nak ke pejabat atau ke mana-mana je, bawalah Airish pergi ke bilik lama dia. Mel dah kemas dah tadi."ujar Sarah.

"Okey. Terima kasih Sarah."ucap Hannif. Sarah hanya mengangguk kecil lalu turun ke bawah. Hannif sudah risau hingga dirasakan hampir putus nyawa apabila jantung Airish tiba-tiba berhenti tadi. Bernasib baik sahaja hayatnya dipanjangkan. Sarah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Air teh diteguknya sedikit menghilangkan dahaga.

"Airish okey ke Aunty?"soal Iydan.

"Dah okey dah cuma kena tengok esok je lah dia macam mana. Aunty bimbang dia lumpuh mana-mana bahagian badan je sebab racun tu dah merebak hampir ke seluruh badannya. Kalau merebak ke otak dia... Airish mungkin tak akan selamat dah nanti."teragak-agak Sarah ingin mengatakan ayat terakhirnya.

"Tapi Iydan pelik, macam mana perempuan tadi boleh masuk ke dalam istana sedangkan kawalan ketat?"kata Iydan. Hakim mengerutkan dahinya.

"Perempuan? Serius Iydan?"soal Hakim terkejut. Iydan mengangguk kecil mengiyakan pertanyaan Iydan.

"Tak akanlah Zahra."duga Hakim.

"Zahra? Kenapa dengan Zahra pula Uncle? Zahra kan dah kena kurung? Lagipun dekat tempat yang dia dah kena kurung tu kan dah kena kawal dengan ketat."soal Iydan pelik.

"Zahra dah terlepas. Ada orang bantu dia keluar melarikan diri."balas Hakim membuatkan mereka tersentak.

"Tapi tak akanlah Zahra pandai melawan macam semalam? Zahra jenis lemah sikit. Nak pula pakai pisau untuk tikam Iydan. Lainlah kalau pakai pistol. Bab tendang, tumbuk, mengelakkan diri apa semua tu pun dia pandai Uncle. Iydan tak rasa orang tu Zahra."ujar Iydan. Perasaan jelas menyatakan itu bukan Zahra. Dari segi ketinggian pun dia sudah tahu.

Perempuan yang melawannya semalam agak pendek daripada ketinggian Zahra yang seperti model dan pergerakkannya agak tangkas. Kalau Zahra pandai berlawan, sudah pasti dia dapat melarikan diri ketika dia tertangkap saat menikam Airish.

"Are you sure?"soal Hakim meminta kepastian.

"Very sure Uncle. Walaupun Iydan tak nampak wajah dia, Iydan boleh tahu dari segi ketinggian dia."balas Iydan yakin.

"Tak apa. Uncle akan ketatkan lagi kawalan. Lepas ni pastikan baby tidak ditinggalkan bersendirian."ujar Hakim dibalas anggukan daripada yang lain.

Tidak sampai dua jam Hannif melelapkan matanya, terasa sesuatu bergerak di sebelahnya membuatkan dia mencelikkan matanya. Airish cuba mengiringkan badannya lalu memeluk pinggang Hannif. Wajah Hannif dengan bibir yang mengukirkan senyuman tipis itu ditatapnya penuh kasih.

Tidak dapat dijelaskan betapa dia menyayangi lelaki itu. Setiap belaian, kasih sayang yang dicurahkan oleh lelaki itu membuatkan dia semakin menyayangi lelaki itu. Pernah dia menganggap Hannif sebagai seorang bapa baginya, namun perasaan cinta yang timbul dalam dirinya telah membuang anggapan itu. Dia tahu semua ini pelik, akan tetapi jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan.

Jika Hannif sudah ditetapkan oleh Dia sebagai lelaki yang akan berdamping dengannya, maka dia harus menerima. Pipi Hannif diusapnya lembut dengan senyuman. Terasa sejuk dan menggigil sahaja tangan Airish pada pipi Hannif.

"Maaf ganggu abi tidur. Kesian abi penat asyik kena jaga Rish, lepas tu pergi kerja pula."ucap Airish perlahan.

"Tak ada lah. Sayang kan tanggungjawab abi. Sayang nak apa-apa ke? Nak air atau nak makan? Lapar?"soal Hannif bertubi-tubi. Risau akan keadaan Airish yang belum makan seharian.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang