BAB 04

4.8K 201 13
                                    

Maira menatap wajah anak perempuannya yang terbaring lemah tidak menyedarkan diri di atas katil hospital. Tidak sanggup jika dia kehilangan insan tersayang buat kali ini. Cukuplah Harrash pergi meninggalkan dirinya.

"Ummi? Ummi makan sikit. Tok Ma bagitahu yang Ummi belum makan lagi. Tok Nek pun risau tahu?"ujar Aarash. Plastik yang mengandungi bubur diberi kepada Maira.

"Okey. Apa yang dah jadi sebenarnya Rash? Cuba jelaskan dekat ummi. Iydan dengan Ellyza pun tahu ke?"soal Maira. Ellyza dan Iydan hanya mengangguk mengiyakan.

"Sebenarnya macam ni, sejak form 3 kami rahsiakan kakak tu siapa. Maksud abang, rahsiakan dia tu kembar abang. Tapi ummi, abang buat semua tu demi kebaikan dia juga. Abang tak nak kakak kena kacau macam dekat sekolah lama dulu masa form 1 hingga form 2. Benda tu buat kakak tak boleh fokus pelajaran.

Jadi nak dijadikan cerita, abang rahsiakanlah. Tapi tak sangka pula makin teruk yang jadi. Kalau ummi nak hukum abang, hukumlah. Abang gagal lindungi kakak ummi."air mata Aarash mula bergenang. Maira menarik anak sulungnya ke dalam pelukannya ingin menenangkan.

"Sshh ummi tahu abang cuma mahukan yang terbaik je buat kakak. Kenapa ummi nak hukum abang kalau abang tak buat salah?"balas Maira. Belakang badan anaknya diusap lembut. Mesti Aarash yang paling terkesan berbanding dirinya kerana Aarash merupakan kembar Airish.

"ARGHH!! LEPASLAH!!"kedengaran jeritan dari wad sebelah mengejutkan mereka. Iydan dan Ellyza lantas berlari masuk ke wad sebelah.

"Kenapa doktor?"soal Iydan risau.

"Lepas!! Aku kata lepas!! Lepaslah!!! Aku benci kau!! Aku benci!!"jerit Sofia berselang tangisan. Para jururawat yang memegang Sofia di atas katil itu melepaskan keluhan lega apabila Sofia mula bertenang dan lena semula setelah disuntik.

"Cik Sofia mengalami trauma. Kalau keadaan ini berterusan, kami terpaksa suntik ubat penenang lagi dan tahan dia dalam wad lebih lama. Tuan Putera ada bawa penjaga pesakit?"soal doktor.

"Saya akan jadi penjaga dia memandangkan dia tiada keluarga. Jadi, kalau ada apa-apa bagitahu saya. Lagi satu, tolong jangan panggil saya Tuan Putera. Saya bukan Tuan Putera."ujar Iydan lalu beredar diikuti Ellyza.

"Kau serius dia tak ada keluarga? Bukan ke dia ada emak?"soal Ellyza pelik.

"Emak dia dalam wad hujung sana. Koma sejak bulan lepas."balas Iydan seraya melabuhkan punggungnya di atas bangku yang berada di hadapan pintu wad. Ellyza ternganga.

"Wh-what? Habis tu macam mana dia sara hidup dia?"soal Eyliz separuh terkejut.

"Aku pun tak pasti sangat. Yang aku tahu, dia kerja dekat cafe. Semua saudara-mara dia menjauhkan diri daripada dia sebab tak nak terjebak sekali untuk bayar bil hospital emak dia."jelas Iydan. Sekali lagi Ellyza terkejut. Manusia semakin lama semakin kejam walaupun dengan darah daging sendiri.

"Kesian. Eh macam mana kau tahu ni? Sejak bila kau siasat pasal dia?"soal Ellyza tersengih mengusik. Mana tahu Iydan ada hati kot dengan Sofia.

"Kau jangan fikir bukan-bukan eh. Aarash suruh aku siasat pasal Sofia. Dia sahajakan kawan baik Airish."jelas Iydan. Rasa mahu ketuk sahaja kepala Ellyza yang sudah fikir bukan-bukan itu.

"Dahlah aku nak balik guling-guling. Penat betul. Pasal betina tu, Uncle Hannif yang akan uruskan. Mungkin dia kena penjara lima tahun atas kesalahan dia tu. Kau nak ikut aku balik tak?"soal Iydan.

"Tak nak. Aku balik dengan Mak Cik Maira je nanti. Kesian dia seorang pula."tolak Ellyza. Iydan mengangguk kecil sebelum beredar.

Tiba sahaja di istana, Iydan terus ke ruang tamu. Nana yang sedang berbual dengan Puan Melinda dihampiri lalu dia membaringkan badannya di atas sofa berbantalkan paha Nana.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang