Gelas berisi jus yang dipegang oleh Ezar terjatuh ke bawah akibat terkejut. Hanis disebelahnya sudah berlumuran darah ditembak dibahagian dada.
"Hanis!"terjerit kecil Nadia. Ezar lantas mengeluarkan senjatanya lalu Zahra cuba ditembaknya beberapa kali, namun tidak mengena. Zahra lebih tangkas mengelak.
"Ryyan, mari ikut Hanna. Cepat!"lengan Aryyan berlapik baju cuba ditariknya, tetapi Aryyan masih lagi kaku berada di situ memandang Hanis yang seakan-akan sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Air mata jernih mula mengalir menuruni tubir mata. Tidak sampai beberapa minit mereka membalas senyuman dan kini Hanis sudah nazak akibat ditembak.
Aryyan bangun dan bergerak menuju ke arah Hanis. Luka akibat tembakan itu dipandangnya dengan iris mata yang sudah bertukar biru. Atif dan yang lain turut keluar setelah mendengar bunyi tembakan.
"Ya Allah anak aku!"raung Aisyah terkejut. Lantas anak perempuannya itu didakap erat.
"Haa-Hanis. Kau sakit ya?"soal Aryyan. Hanis menggeleng lemah.
"Ha-Hanis ttak sa-sakit pun. Ry-Ryyan cubalah ka-kawal diri Ryyan. Haa-Hanis tak suka Ryyan marah."balas Hanis. Cukup sekali dia menyaksikan cara Aryyan membunuh musuh mereka akibat kemarahan. Tidak mahu lagi melihat Aryyan membunuh seperti itu.
"Hanis tipu. Ryyan tak suka orang menipu. Hanis sakit!"bentak Aryyan menahan amukan. Zahra masih lagi bergelut ingin menyembunyikan diri dan melindungi diri daripada ditembak oleh pengawal istana. Silap besar dia masuk ke dalam seorang diri. Sepatutnya dia membawa beberapa orang bersamanya untuk menyerang istana itu.
"Puteri Hanna, bawa Putera Aryyan dan yang lain berlindung."arah Ezar.
"Ezar, awak bawa Hanis pergi hospital. Saya akan uruskan semua ni."ujar Qayyum. Ezar hanya akur. Hanis dicempungnya ke hospital.
Beberapa orang lelaki berbaju hitam menyerbu masuk ke dalam istana. Beberapa orang pengawal istana tumbang ke tanah akibat ditembak. Zahra di suatu sudut mengukirkan senyuman sinis. Sangkaannya lelaki berhoodie yang membantunya tidak akan menghantar beberapa orang konconya, namun dia tersilap.
"Aryyan mana?"Hanna meliarkan matanya di ruangan itu mencari kelibat Aryyan. Baru beberapa minit dia terleka ke arah musuh yang tiba-tiba menyerang, Aryyan pula yang menghilang.
"Hanna pergi cari Aryyan dulu. Fiqah, pergi cari yang lain dan suruh duduk dalam satu bilik."ujar Atif.
Mellysa menggigil ketakutan. Lengannya sudah dibasahi cecair merah darah kerana dikelar dengan menggunakan pisau. Dia yang tadinya sedang menjemur kain tiba-tiba sahaja dikelar di bahagian lengan oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam. Selangkah lelaki itu mara menghampirinya, selangkah itulah Mellysa mengundur ke belakang.
"Kau siapa? Kau nak apa haa?"soal Mellysa sedikit kuat. Badannya sudah terhempap ke dinding istana. Sudah tiada jalan keluar lagi melihatkan lelaki itu semakin mara ke arahnya. Lelaki itu tidak memberikan banyak bunyi, pisau rambo yang dipegangnya diangkat ingin menikam Mellysa, namun satu tangan sempat menembak dirinya.
"Abang!"Mellysa terus berlari memeluk Idham. Kalau Idham lambat sedikit sahaja tadi, pasti Mellysa sudah ditikam oleh lelaki itu. Idham mengusap seketika belakang badan isterinya cuba menenangkan. Mujur sahaja hatinya tergerak ingin ke belakang istana.
Zahra mengukirkan senyuman sinis melihatkam Afiqah yang berjalan menghampiri anak tangga. Baru tiga langkah dia berjalan ke hadapan, terasa satu tangan melingkar pada pinggangnya. Benda tajam mula mencucuk perlahan kulitnya.
"Kau... nak bunuh Fiqah ya?"soal Aryyan dengan nada berbisik. Zahra sudah menelan air liur. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan daripada pisau yang semakin menyucuk ke dalam perutnya. Tangannya naik cuba menarik tangan Aryyan dari perutnya, tetapi kekuatan Aryyan bagaikan tiada tandingannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasia[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...