BAB 57

3.5K 183 28
                                    

Situasi di ruang tamu itu tegang. Masing-masing dengan wajah ketat. Yang seorang masih lagi geram, seorang lagi tidak percaya dengan kejutan yang diterima dan yang seorang lagi bimbang rahsianya akan terbongkar. Sekali terbongkar, nyawanya pun menjadi galang-gantinya. Dia tahu seteruk mana bapa mereka membenci keluarga Mawar sehingga hari-hari sanggup mengupah orang mengintip mereka.

Mawar memghelakan nafas geram. Sandra yang sedari tadi bertarung mata dengannya dijeling geram. Mahu sahaja dia mencekik leher perempuan di hadapannya itu kerana hampir menyebabkan lehernya dikelar dengan pisau. Mujur sahaja Alex laju menepisnya.

"Kau dah kenapa duduk dekat sini? Mengintip abang aku?"soal Sandra memulakan perbualan. Lagi ditenung muka Mawar, nanti merana hidup dia kalau muka Mawar asyik terbayang.

"Kau merepek apa perempuan?"soal Mawar dengan nada meninggi. Menyedari kesilapannya dalam berbicara, dia mengeluh seketika. Izzah sudah selalu berpesan kepadanya agar menjaga tutur kata walaupun ketika marah dan geram.

"Tak akanlah aku nak mengintip abang kau, lepas tu bagitahu dekat keluarga aku yang kau orang merancang semua serangan tu sedangkan aku ada dekat sini sebab abang kau yang culik aku. Tak masuk akal lah! Kau tanya Alex tu, apa yang dia nak daripada aku sampai sanggup palsukan kematian aku!"ujar Mawar sedikit bengang, namun tetap dengan nada sedikit lembut.

"Kau tahu apa paling teruk dia buat dekat aku? Dia rogol aku semalam! Abang kau tu dah gila!"sambung Mawar lagi. Bertambah geram dirinya apabila mengingati apa yang berlaku kepada dirinya.

"Aku buat semua tu sebab aku sayang dan cintakan kau Mawar! Kau masih tak faham lagi ke? Dah berapa kali aku cakap!"ujar Alex sedikit berang.

"Abang dah gila? Keluarga perempuan ni yang bunuh mama dan penyebab kita hidup dalam dendam! Abang boleh pula jatuh cinta dengan perempuan tak guna ni?"soal Sandra terkejut. Mahu sahaja dia memukul kepala abangnya agar dapat menyedarkan diri ke realiti.

"Cop! Cop! Bunuh mama kau orang? Siapa mama kau orang berdua? Bila masa keluarga aku bunuh mama kau orang? Kau orang mengarut apa ni?"soal Mawar dengan dahi berkerut. Tidak faham dengan cerita sebenar mengapa mereka begitu benci dengan keluarganya dan siapakah mama mereka.

"Kau buat tak tahu atau memang tak tahu? Jangan nak buat-buat bodoh!"bengang Sandra.

"Aku memang tak tahulah! Kalau aku tahu, aku tak tanya dah kau pasal ni!"Mawar menjeling tajam ke arah Sandra.

"Salah seorang daripada ahli keluarga kau bagi racun dekat mama aku. Racun yang sama penyebab kematian Ratu Maira. Papa kami cakap, mama kami tahu satu rahsia gelap keluarga kau. Jadi, sebab itulah salah seorang daripada ahli keluarga kau tu bunuh dia."jelas Alex.

"Rahsia gelap apa? Merepeklah! Tiada seorang pun sanggup buat macam tu dekat mama kau!"balas Mawar tidak percaya. Dia cukup mengenali ahli keluarganya. Tiada seorang pun yang tergamak melakukan perkara kejam sebegitu.

"Aku pun tak tahu. Mama aku je tahu pasal tu. Papa dapat tahu kau orang ada rahsia gelap pun daripada surat mama aku."jelas Alex lagi.

"Jangan dijelaskan lagi dekat perempuan bodoh ni abang. Nanti dia bocorkan rahsia kita. Elok bunuh je sekarang sebelum papa dapat tahu!"sampuk Sandra masih dengan keputusannya.

"Sandra sayang abang kan?"soal Alex tiba-tiba.

"Mestilah sayang! Kenapa abang tanya?"

"Kalau sayangkan abang, jangan beritahu apa-apa perihal Mawar kepada papa. Abang merayu dekat Sandra. Kalau papa dapat tahu, dengan nyawa abang sekali melayang. Sandra sanggup hidup tanpa abang?"soal Alex lembut. Cuba memujuk Sandra. Dia tahu Sandra pasti tidak mahu kehilangan dirinya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang