BAB 64

3.9K 201 57
                                    

Alex mengetuk-ngetuk pintu tandas. Dari tadi lagi Mawar berada di dalamnya. Mawar merenung alat ujian kehamilan di tangannya. Walaupun dia tidak tahu cara membaca positif atau negatif, alat ujian kehamilan itu tetap direnungnya sedalam mungkin dengan perasaan gemuruh.

"Sayang? Dah sudah atau belum? Kenapa kunci?"soal Alex lembut sambil mengetuk pintu tandas. Mendengar bunyi kunci pintu dibuka, Alex menghentikan ketukannya.

"Sudah. Nah."Mawar menyerahkan alat ujian kehamilan itu kepada Alex. Tanpa melihat lama, Alex lantas memeluk Mawar. Wajah Mawar diciumnya bertubi-tubi.

"Thank you sayang. Kau mengandung!"ucap Alex teruja. Badan Mawar dipusing-pusingnya seketika. Sementara itu Mawar pula terdiam seribu bahasa. Bingung dengan apa yang terjadi. Alex meletakkan Mawar duduk di atas katil melihatkan kebisuan Mawar.

"Hey kenapa ni? Tak gembira?"soal Alex. Tangan Mawar dikucupnya lama.

"Patut ke kita gugurkan dia? Bawa aku pergi hospital Alex. Aku nak gugurkan bayi ni."ujar Mawar. Alex terkedu. Dia bangun lalu melabuhkan punggung di sebelah Mawar. Tubuh Mawar dipeluknya erat.

"Kenapa nak gugurkan dia sayang? Tak kesiankan dia?"soal Alex cuba memujuk.

"Semua ni salah kau lah! Kau rogol aku! Kalau kau tak rogol, tak adanya dia nak wujud!"bengang Mawar. Dada Alex ditolak menjauh.

"Aku minta maaf tapi aku cuma tak nak kau jauhkan diri daripada aku. Aku tak nak kau tinggalkan aku. Aku sayangkan kau Mawar. Dah berapa kali aku jelaskan, tak akan kau masih tak faham lagi?"ujar Alex lembut.

"Tapi perlu ke sampai macam tu? Perlu ke rogol aku? Benda tu cuma buat aku makin nak menjauhkan diri daripada kau!"marah Mawar. Nada suaranya sudah meninggi akibat kemarahan.

"Ya aku salah! Aku silap! Aku salah sebab rogol kau! Aku tak boleh nak fikir apa dah masa tu! Dalam otak aku cuma ada kau! Aku tak nak kau tinggalkan aku! Aku sunyi! Kalau kau nak juga gugurkan bayi tu, okay fine! Esok ikut aku pergi hospital."Alex terus keluar dari bilik itu usai menghabiskan ayat. Mawar hanya diam dengan tangisannya.

Fikirannya bercelaru sama ada menggugurkan bayi itu atau tidak. Emosinya langsung tidak stabil dan dia hanya mampu menghamburkan tangisannya di dalam bilik itu. Selepas beberapa jam mengurungkan diri di dalam bilik, Mawar menapak keluar ingin mencari kelibat Alex.

Dia sedar, dia sendiri sudah membuat silap besar. Apa salah bayi yang dikandungnya sehingga dia sanggup terfikir ingin membunuh nyawa yang tidak bersalah itu? Entah di mana silapnya, kaki yang ingin memijak anak tangga tergelincir hingga hampir membuatkan dirinya jatuh tergolek. Nasib sahaja ada sepasang tangan laju menarik dirinya.

"Dah tak sabar nak bunuh bayi ni? Kalau iya pun, janganlah sampai mencederakan diri sendiri. Nanti luka, siapa yang susah? Aku juga kan?"ujar Alex bernada dingin sambil mencempung Mawar menuruni anak tangga.

"Tunggu sekejap aku ambil makanan."pinta Alex setelah meletakkan Mawar duduk di atas kerusi. Mawar terkesan sebenarnya dengan nada dingin Alex. Walaupun lelaki itu sedang kecewa dengannya, lelaki itu masih mengambil berat tentangnya. Alex yang sedang membasuh tangan di hadapan sinki sedikit terkejut apabila sepasang tangan melingkar dipinggangnya.

"Alex, aku minta maaf."ucap Mawar. Dia tidak kisah dia sedang memeluk ajnabi ketika ini, asalkan Alex memaafkan dirinya. Lagi pula Alex sudah berjanji ingin mengahwini dirinya. Alex terkedu. Tidak pernah-pernah Mawar menyentuh dirinya melainkan dia yang sentuh dahulu. Alex memusingkan badannya menghadap Mawar. Wajah Mawar dipegangnya lembut.

"Aku janji aku tak cakap macam tu dah. Maafkan aku Alex."pinta Mawar dengan esakkan. Berharap agar Alex tidak membawanya ke hospital esok untuk menggugurkan bayinya seperti mana yang dimahunya tadi.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang