BAB 39

4.4K 199 64
                                    

Tangan Hannif lincah mengacau mi segera di dalam cawan kemudian perlahan-lahan mi segera itu dimasukkan ke dalam mulut. Selamba Hakim menarik mi segera milik Hannif lalu dimakannya.

"Makan ambil yang orang. Pemalas betul!"Hannif menampar bahu Hakim. Dia tidak kisah mana pun sebenarnya kerana perangai Hakim itu memang dia sudah dapat hadam.

"Bukan selalu. Sekali sekala je sekarang ni. Kalau masa belum kahwin lagi best! Semua aku ambil kehkekeh."balas Hakim. Seronok pula terbayangkan waktu dahulu. Hannif minum air kosong pun dia ambil. Berkongsi katanya.

"Aku yang merana tau! Nasib je benda kau ambil tu ada banyak."Hannif mendecit.

"Entah apa-apa je kau Kim. Ni kalau aku yang duduk dekat tempat Hannif, awal-awal aku wrestling kau biar masuk kubur."ujar Atif. Hakim menjelirkan lidahnya. Sudah jadi bapa budak pun perangai sama sahaja. Uban sudah ada di kepala pun masih tidak sedar diri.

"Oh ya, apa kata kau orang bawa Airish pergi bercuti sekejap sebelum perkahwinan Medina dengan Syahez? Luangkan masa dulu dengan dia. Mana tahu dia boleh lupakan sedikit demi sedikit kesedihan dia tu."cadang Izzah.

"Hmm boleh juga tu. Tapi nak pergi ke mana?"soal Shafiq.

"Ermm macam mana dengan Vila Sweetzerny? Rash ada pergi beberapa bulan yang lepas. Segar je udara dekat sana. Kawalan pintu pagar pun ketat, tapi Aarash cadangkan tambah sikit pengawal. Orang yang racuni ummi masih lagi belum dijumpai. Jadi kita kena berhati-hatilah."cadang Aarash panjang lebar.

"Okey juga tu. Bila nak pergi ni? Semua orang wajib pergi eh! Jangan ngada-ngada nak ada hal bagai."kata Puan Isya. Dia lah yang paling tua di dalam istana ini.

"Apa kata esok je? Sempat je Zhurah rasa nak kemas apa semua."balas Puan Zhurah.

"Hmm kau orang pula?"soal Puan Isya lagi.

"Semua okey."jawab Atif dan Izzuan serentak.

"Fiqah, kau biar betul susu pun kena pakai nak buat kek batik? Nanti terlebih manis, diabetes aku."kata Medina bercekak pinggang dengan nada tidak puas hati.

"Sibuklah kau ni! Dah lah memasak pun tak pandai. Habis tu kalau aku tak letak susu, nak letak apa? Cuba kau google resepi dia sendiri"geram Afiqah. Kalau boleh nak je dia ketuk kepala Medina pakai senduk tapi nasib baik je Medina lagi tua daripadanya.

"Apa benda bising sangat dekat dapur tu?"soal Izzah dari meja makan.

"Ni Dina ni kacau betul! Ada ke patut dia suruh jangan letak susu dekat kek batik? Rosaklah nanti."adu Afiqah.

"Kek batik kena letak susulah sayang oi..."bisik Syahez seraya mencuit pinggang Medina.

"Opocot sayangku Syahez!"latah Medina kuat. Satu ruangan meja makan itu tersenyap kemudiannya mereka menghamburkan ketawa. Lagi-lagi Afiqah yang sememangnya sudah ketawa sakan di atas lantai.

"Kau ni kan! SYAHEZ! Bencilah!'Medina memukul belakang badan Syahez beberapa kali melepaskan geram. Semakin geram pula apabila melihat Syahez yang semakin galak ketawa.

"Tak sabar nak kahwin eh? Awal-awal dah bersayang ni."usik Hannif dengan sisa tawanya.

"Mana ada! Syahez ni terkejutkan Dina. Serabutlah kau! Keluar dari dapur ni! Keluar! Keluar!"halau Medina. Belakang badan Syahez ditolak-tolak keluar dari kawasan dapur.

"Iyalah aku keluar ni."balas Syahez mengalah. Makin diusik, takut nanti dapur ini meletup pula. Medina memberikan jelingan tajam ke arah Syahez.

"Kenapa semua orang tak tidur lagi ni?"soal Hanna yang baru sahaja masuk ke dalam istana melalui pintu dapur. Pintu dapur sahaja satu-satunya pintu yang baginya senang hendak dibuka kerana menggunakan kata laluan. Lain daripada pintu lain, semua dikunci dari dalam.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang