BAB 71

5K 220 69
                                    

Masing-masing memandang Aarash dan Airish yang masih tidak menyedarkan diri silih berganti sebelum mereka memandang ke arah Haziq dan Sue. Haziq berdehem kecil sebelum membuka mulut.

"Sue, kau boleh jelaskan keadaan Airish dulu kalau nak."Haziq memandang ke arah Sue yang sedang membetulkan kaca mata.

"Okey boleh. Keadaan Puteri Airish sudah melepasi tahap kritikal dan sekarang ini kita cuma perlu tunggu dia sedar. Dan berkenaan racun, racun itu masih lagi ada di dalam tubuhnya. Harap kamu semua akan bagi dia minum penawarnya lagi untuk menyingkirkan racun itu sampai habis."jelas Sue.

"Berkenaan keadaan Aarash pula, dia... dia sebenarnya mungkin akan mati otak kalau tak sedar esoknya. Jadi pfftt..."Haziq menahan ketawa melihat wajah Sue yang sudah melopong.

"Ops sorry-sorry. Ehem! Jadi kalau dia mati otak, dia tak akan sedar untuk selama-lamanya dah dan hidup dia hanya akan bergantung kepada mesin. Nanti kalau benda tu terjadi, Puan Ellyza perlu membuat pilihan sama ada mahu membiarkan Aarash pergi atau biarkan Aarash hidup dengan bantuan mesin."ujar Haziq. Wajah Ellyza yang sudah basah dengan air mata dipandangnya.

"Tak bolehlah macam ni mommy! Suruh Aarash bangun mommy..."pinta Ellyza sambil memeluk tubuh Eyliz. Eyliz hanya mengusap lembut belakang badan Ellyza cuba menenangkan.

"Mommy! Sshh..."Aarash membuat gerakan mulut. Eyliz yang melihat sudah membuntangkan matanya. Pandai betul Aarash menipu! Aarash tersengih kemudiam bangun dari pembaringannya dengan bantuan Haziq. Perlahan-lahan kakinya dihayun ke arah Ellyza kemudian badan Ellyza ditariknya dan dipeluk. Ellyza yang terkejut hanya terkaku.

"Happy wedding anniversary, dear."ucap Aarash dengan senyuman. Ellyza terdiam beberapa saat sebelum tangannya naik menampar dada Aarash, kuat.

"Aduh! Sakitlah sayang!"

"Padan muka! Siapa suruh buat gurauan macam ni haa? Nak mati awal betul-betul ke?"marah Ellyza geram. Teresak-esak dia menangis dalam dakapan Aarash. Sedih membayangkan apa yang dikatakan oleh Haziq tadi betul-betul terjadi.

"Dahlah. Sorry ya sayang? Tadi ingatkan nak buat kejutan, macam ni pula yang jadi. Kesian dia."Aarash mencium dahi Ellyza sekilas.

"Aku nak keluar dululah. Ada pesakit lain tengah tunggu. Nanti jangan lupa aku kena buat imbasan dekat kepala kau tu sebab ada kemungkinan ada darah beku dekat otak. Kau doktor, kau tahu lah apa yang akan jadi kan? Hmm jadi aku pergi dulu."Haziq terus beredar dari situ setelah mendapat anggukan daripada Aarash.

"Sakit tak kepala? Itulah! Lain kali jangan berlagak sangat nak jadi hero!"bebel Ellyza.

"Sakit sikit je. Dahlah membebelnya. Nanti turun dekat anak, padan muka."kata Aarash. Ellyza memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.

"Fuh! Huh! Mana Ryyan?"soal Hanna tercungap-cungap. Penat dia berlari dari bawah sehingga ke wad itu. Ternaik sedikit bahunya apabila Sarah menampar lengannya.

"Ingat sikit perut tu kalau iya pun risaukan Ryyan haih!"marah Sarah. Hanna hanya tersengih kecil.

"Tak payah sengih. Hodoh tahu tak? Itu Ryyan ada dekat katil sebalik langsir tu, tengah tidur!"ujar Sarah.

"Sampai hati dikatanya kita hodoh."Hanna mencebik. Langsir diselaknya perlahan untuk melihat keadaan Aryyan. Tangannya naik bercekak pinggang melihat keadaan Aryyan yang sedang tidur dengan posisi meniarap, tangan yang didepa, tidak berbaju dan air liur basi yang meleleh. Langsung tidak seperti orang sakit gayanya, malah dibuatnya katil hospital seperti katilnya.

"Kau buat apa dekat Ryyan sampai perangai dia jadi macam ni Hanna?"soal Iydan.

"Eh-eh sekejap! Apa hal aku pula yang disalahkan? Ryyan yang buat, dia lah tu yang ajar diri sendiri."ujar Hanna seraya meletakkan tisu di bawah bibir Aryyan. Kalau kena tilam hospital itu, habislah busuk. Kalau cadar tidak apa lagi, boleh basuh.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang