BAB 30

4.5K 182 24
                                    

Aarash mengambil telefonnya yang diletakkan dalam dashboard. Niatnya ingin menghubungi Ellyza, namun hampa telefonnya kehabisan bateri. Terpaksalah dia guna telefon yang satu lagi yang mana digunakan ketika dia menyamar sebagai Danish.

"Hello? Kenapa telefon?"soal Ellyza di dalam talian.

"Kau ada dekat mana? Aku nak jumpa kau sekarang."ujar Aarash dengan nada datar. Dia tidak kira, malam ini dia harus memberitahu juga bahawa dia dan Danish adalah orang yang sama. Lagi lama penipuan itu diteruskan, lagi susah Ellyza akan memaafkan dirinya.

"Ada dekat farmasi. Kenapa nak jumpa?"soal Ellyza dengan berkerut. Sudahlah malam, mahu jumpa pula. Panggilan pun sudah lain. Daripada I, you sudah ditukar kepada aku kau.

"Ada benda penting nak bagitahu. Haa buat apa dekat farmasi? Sakit ke? Demam? Pagi tadi aku tengok elok je."ujar Aarash.

"Taklah, tak boleh nak tidur. Beli ubat tidur je. Okey nak jumpa dekat mana? Aku tak janji boleh datang."balas Ellyza.

"Vila Sweetzerny. Kau tahu kan dekat mana? Datang sekarang. Kau tak datang, siap kau."ujar Aarash.

"Aku tak janji tapi aku cuba. Tak boleh ke bagitahu dalam telefon je? Dah malam ni. Lagipun kau nak buat apa dekat Vila Sweetzerny? Itu kan milik istana. Orang lain mana boleh masuk."kata Ellyza. Dia mendengus geram. Geram dengan perangai Danish yang tiba-tiba pelik.

"Datang je lah cepat. Nanti aku bagitahu."Aarash terus menamatkan panggilan.

"Danish! Danish! Eh geram pula aku. Ni kalau ada dekat tepi, aku dah belasah dah si doktor gatal ni."bebel Ellyza. Nombor Aarash didailnya untuk meminta izin. Sekarang sudah ada suami, mahu pergi ke mana-mana pun kena minta izin.

"Alamak telefon dia mati pula..."rengus Ellyza. Dia hanya menghantar pesanan mesej kepada Aarash sebelum bergerak ke Vila Sweetzerny.

Aarash mengukirkan senyuman sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam vila mewah itu. Dua orang dayang yang sedang berkeliaran menghidangkan makanan itu menunduk sekilas lalu menyambung aktiviti mereka.

"Kalau dah selesai, kau orang berdua boleh keluar. Beta tak nak ada satu pun gangguan dekat dalam vila ni nanti."ujar Aarash.

"Baik Tuan Putera."jawab dua orang dayang itu serentak. Aarash berjalan menaiki tangga menuju ke sebuah bilik. Pantulan dirinya pada cermin dipandang kemudian rambut yang telah dikerintingkan itu dikusutkan menjadi serabai.

Baru sahaja mahu membuang kanta lekap yang dipakainya, kelihatan sinaran lampu kereta di laluan yang menuju ke arah vila. Aarash mengukirkan senyuman lebar yang ikhlas. Dia terus membuka stokin dan memakai selipar berbulu warna putih untuk turun ke bawah.

"Bukan ke ni kereta Aarash? Apa hal pula ada dekat sini? Tak akanlah Danish jumpa Aarash?"Ellyza mula membuat andaian sendiri. Kaki dihayun menuju ke pintu masuk. Dua orang dayang yang kebetulan baru sahaja keluar daripada vila itu ditahannya.

"Pemilik kereta tu ada dekat mana?"soal Ellyza.

"Erm dekat tingkat dua."balas dayang itu sopan. Ellyza mengangguk kecil sebelum masuk ke dalam. Langkah kaki dihayun menuju ke tingkat dua. Hairan gelap-gelita sahaja di tingkat itu. Hanya tingkat bawah sahaja yang cerah. Terkejut Ellyza apabila sepasang tangan melingkar pada bahunya dengan dagu yang diletakkan di atas bahunya. Dia cuba bertenang apabila bauan minyak wangi yang sangat dikenalinya menusuk rongga hidungnya.

"Hai sayang."sapa Aarash. Kedengaran keletihan terselit dalam nada suaranya.

"Apa sayang-sayang?"Ellyza merungkaikan pelukan tersebut lalu menoleh ke belakang. Sempat dia menekan suis lampu untuk menghidupkan lampu. Terkejut bukan kepalang dirinya melihat orang lain yang disangkanya suaminya. Tangannya automatik menolak dada Aarash supaya menjauh sedikit darinya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang