BAB 40

4.6K 201 21
                                    

"Sedapnya abi! Abi nak cuba tak?"soal Airish dengan wajah cerianya. Sudu dihulur ke mulut Hannif.

"Hmm sedaplah juga."balas Hannif kemudian melemparkan senyuman kepada Airish.

"Banyak baby beli. Habis ke nak makan semua? Tiga bekas tu."soal Hannif. Sempat dia mengerling sekilas ke arah kek yang dibeli oleh Airish. Semua diletak di dalam bekas dan senang dimakan.

"Hmm ya. Abi kan ada. Lagipun bekas bukan besar sangat pun."balas Airish.

"Iyalah tapi baby kena suap abi lah. Abi tengah pandu kereta, mana boleh makan sendiri."ujar Hannif.

"Okey."balas Airish ceria. Bergilir-gilir dia menyuap dirinya dan Hannif.

"Dahlah baby. Kenyang abi dibuatnya."ujar Hannif. Airish tersengih.

"Hmm abi sayang Rish tak?"soal Airish. Dia masih meneruskan suapan kek untuk dirinya. Belum puas makan kek setelah sekian lama dia tidak makan.

"Sayanglah. Kalau tak sayang, tak ada lah abi nak bersweet macam ni."balas Hannif. Mata dikenyitkan ke arah Airish.

"Sweet ke macam ni abi? Sembang pun dah dikira sweet eh?"soal Airish polos. Wajahnya ditoleh memandang ke arah Hannif. Hannif ketawa kecil mendengar soalan yang keluar dari mulut Airish.

"Taklah. Yang suap kek tadi tu. Ke baby nak abi kiss, peluk baby apa semua tu baru dikira sweet hmm?"soal Hannif.

"Eh, eh tak nak."Airish terus menoleh memandang ke luar tingkap untuk menyembunyikan pipinya yang sudah berona merah.

"Pipi ni asyik merah je. Abi kiss betul-betul baru tahu."usik Hannif. Pipi Airish sempat dicubitnya manja.

"Mana boleh."bantah Airish.

"Kenapa tak boleh?"soal Hannif.

"Sebab err... sebab Rish malulah!"balas Airish hanya sekadar menggumam namun masih dapat didengari oleh Airish.

"Malu apa pula? Macamlah baby tengah bogel depan abi."usik Hannif lagi.

"Eh, eh abi ni dah kenapa dengan mulut tu? Cubit mulut tu nanti baru tau."bebel Airish geram. Tajam matanya menatap wajah Hannif.

"Cubit pakai bibir baby tu. Mesti sedap rasa dia kan."balas Hannif lagi membuatkan Airish semakin geram. Rasa mahu berlari keluar kereta sahaja kerana mahu menjauhkan diri daripada perangai miang Hannif.

"Abi gatal lah."Airish pusing memandang ke luar tingkap semula sementara Hannif ketawa besar.

Sampai sahaja di Vila Sweetzerny, mereka mula turun dari kereta. Nampaknya semua orang sudah sampai terlebih dahulu daripada mereka berdua. Kaki dihayun masuk ke dalam vila memandangkan waktu sudah pun malam.

"Vila Sweetzerny? Nak buat apa dekat sini abi?"soal Airish. Tidak kelihatan pula ahli keluarga mereka yang lain di situ kecuali Puan Isya dan Izzuan.

"Percutian keluarga. Suka tak?"Hannif memandang wajah Airish sekilas sambil meneruskan langkahnya menuju ke ruang tamu.

"Wah suka."Airish mengangguk teruja. Dia duduk di sebelah Puan Isya. Hannif pula terus naik ke atas untuk menyimpan beg pakaian.

"Baby melencong pergi mana tadi? Menyempat betul."tegur Izzuan.

"Rish pergi beli kek daddy. Lama tak makan kek."Airish sengih kecil.

"Hmm iyalah. Pergi naik lepas tu mandi-mandi dulu. Dah busuk cucu Tok Nek ni."Puan Isya mengusap lembut belakang badan Airish.

"Okey."balas Airish sepatah. Kaki dihayun naik ke tingkat atas. Melihat pintu sedikit terbuka, Airish terus masuk ke dalam. Pintu ditutup perlahan kemudian kelibat Hannif dicarinya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang