BAB 09

4.3K 188 7
                                    

Tujuh tahun kemudian. Kesibukan di ruangan itu membuatkan para doktor tercungap-cungap keletihan. Walau bagaimanapun, pesakit yang datang haruslah diutamakan.

"Doktor Danish! Presiden panggil."ujar salah seorang jururawat di situ.

"Presiden? Kenapa?"soal Danish.

"Ermm tak tahu."bahu dijungkitkan tanda tidak tahu.

"Oh it's okay. You tolong I cari Doktor Alex dan Doktor Haziq untuk ambil alih tempat I."pinta Danish.

"Okey doktor."balas jururawat itu seraya beredar. Danish menghayunkan kakinya menuju ke tingkat paling atas bangunan hospital. Pintu diketuk sebelum dia masuk ke dalam bilik mewah itu.

"Jadi, kenapa Presiden panggil saya? Ada apa-apa masalah?"soal Danish.

"Duduklah. Cuma nak bincang pasal perkara yang dah berlaku baru-baru ini. Jadi, bila awak nak ambil cuti?"

"Ermm tak tahu lagi memandangkan pesakit makin penuh. Tapi selewat-lewatnya dalam lima bulan lagi sebab saya ada hal penting masa tu."jelas Danish tenang.

"Okeylah kalau macam tu. Dikira sempatlah awak nak tangani seorang lagi pesakit kan?"soal Profesor Eric yang merupakan Presiden Hospital Utama Florensia.

"Boleh je. Pesakit pindahan ke? Sakit apa?"

"Yes. Dia dipindahkan minggu lepas, tapi sekarang baru saya bagitahu sebab kita tiada doktor pakar untuk menangani penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Saya dengar yang awak pernah merawat pesakit SLE."

"Iya pernah. Kalau macam tu, bila pesakit tu nak datang?"

"Petang nanti. Fail butiran mengenai diri dia pun ada dengan dia."

"Baiklah. Bagaimana dengan doktor yang bakal dipindahkan ke hospital ni? Bila mereka akan pindah? Rasanya sudah sebulan kita tunggu."soal Danish menukar topik.

"Maybe minggu depan mereka datang."

"Okeylah kalau macam tu, saya minta diri dulu eh."pamit Danish. Eric hanya mengangguk kecil tanda membenarkan. Danish menghayunkan kakinya menuju ke wad salah satu pesakit yang ada di situ. Nampaknya ruangan itu sudah tidak sesak seperti tadi.

"Hai sweety, jadual I sibuk tak petang ni?"tegur Danish kepada pembantunya.

"Apalah doktor ni. Nama saya Fina. Jangan berani nak panggil sweety-sweety ni. Jadual doktor petang ni tak ada apa-apa yang nak disibukkan sangat. Doktor cuma kena ronda dekat wad pesakit lecur je."jelas Fina.

"Okay thank you sweety!!"ucap Danish sengaja mahu mengusik lagi pembantunya itu. Fina memberikan jelingan tajam ke arah Danish.

"Sweet doktor dengan nurse ni. Bercinta ke?"tegur salah seorang pesakit di situ dengan sengihan.

"Tak ada lah. Saya dah bertunang dengan orang lain Mak Cik. Doktor Danish ni biasalah dengan perangai tak betul dia mengusik orang."jelas Fina.

Baginya Danish bukanlah buaya darat atau pun jenis yang gedik dengan perempuan, tetapi Danish lebih dikategorikan sebagai seorang yang ceria overdose. Mengusik itu sudah pasti. Bukan perempuan sahaja yang kena, malah lelaki juga sehinggakan para doktor dan jururawat yang bekerja rapat dengan Danish sudah masak dengan perangainya yang satu itu.

Jarang sekali Danish hendak marah. Ini kalau sudah marah, mesti kaw-kaw punya kena membebel dan didenda teruk. Dua sahabat rapatnya di hospital ini pun tidak mampu untuk menyurutkan amarahnya. Siapa lagi kalau bukan Alex dan Haziq.

"Elok-eloklah kalau dah bertunang. Kesian dekat tunang tu nanti dia cemburu."ujar penjaga pesakit itu pula. Namun Danish kisah apa? Bukannya dia tidak kenal tunang pembantunya itu.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang