"Hanis, kau ni biar betul kena letak gula dalam ni?"soal Medina keliru.
"Iya! Letak je lah haduh! Kau ke aku yang tak pandai buat puding roti?"soal Hanis geram.
"Sini aku tolong kau sekali."Afiqah mencelah. Dia mula mengajar Medina cara membuat puding roti itu satu persatu. Tabah sahaja mampu dua gadis itu kerana Medina tidak pandai memasak apa pun. Kalau setakat letak air panas dalam mi segera pandailah.
Seorang lelaki berbadan tegap memasuki ruang tamu istana. Badannya lengkap berpakaian seolah-olah pengawal peribadi penting. Kepala ditunduk sedikit tanda hormat kepada penghuni istana.
"Maaf untuk melaporkan tentang hari ini. Patik masih belum dapat menemui Puteri Mawar hari ini, namun kami akan berusaha lagi sehingga jumpa."ujarnya dengan nada datar. Tampak tegas sahaja dirinya seperti kebiasaan seorang anggota tentera. Tiga gadis yang sibuk bertengkar di dapur mula memandang ke arah lelaki itu.
"Kau orang uruskan dululah. Aku ada hal sekejap."Hanis terus beredar dari situ.
"Ughh it's okay. Kami harapkan yang terbaik dari kamu semua."balas Izzuan. Pelipis diurut seketika.
"Baik Tuanku."balasnya sedikit menunduk lalu beredar dari situ. Hanis berlari keluar melalui pintu dapur. Lengan lelaki itu dipegangnya dengan nafas naik turun. Penat betul berlari tadi semata-mata ingin mengejar lelaki ini.
"Maaf? Ada apa ya Puteri Hanis?"soal lelaki. Keningnya berkerut kerana bahang matahari terik. Lengannya ditarik lembut daripada pegangan Hanis lalu disilang ke belakang.
"Kenapa abang asyik menghilang je? Dua tahun Hanis cari abang tau?"soal Hanis geram.
"Maaf Puteri, saya tak faham apa yang Puteri soalkan itu. Mungkin Puteri salah orang. Kalau dah tiada apa-apa, saya minta diri dulu ya?"balasnya lalu beredar dari situ. Hanis membuat muka tidak percaya.
"Abang Ezar! Stop! Hanis cakap stop!"arah Hanis. Lelaki itu berhenti kemudian memusingkan badannya ke arah Hanis.
"Ya, ada apa-apa Puteri?"soal lelaki bernama Ezar itu. Hanis mendengus kasar. Dia berjalan menghampiri Ezar.
"Kenapa abang Ezar jadi macam ni? Kenapa abang Ezar tak kenal Hanis?"soal Hanis dengan mimik muka ingin menangis.
"Saya kenal Puteri. Puteri anak Putera Hakim dan Puan Aisyah. Macam mana pula saya tak kenal Puteri?"soalnya blur.
"Saya Hanis lah! Alah! Kenapa abang buat-buat tak ingat Hanis? Dahlah abang menghilang dua tahun yang lepas!"geram Hanis. Rasa mahu menangis sahaja dirinya tika ini.
"Maaflah Puteri, saya tak boleh bermain dengan Puteri sekarang. Saya masih ada kerja untuk diuruskan. Kalau Puteri nak main, mainlah dengan dayang-dayang ya? Saya minta diri dulu."ujar Ezar. Dia terus beredar dari situ tanpa memandang wajah Hanis. Geram betul ada orang main-main dengannya. Sudahlah di bawah panas terik pula itu.
"Ak––aku? Bermain? Main dengan dayang?"soal Hanis tidak percaya dengan jari telunjuknya ditunding ke arah dada. Rasanya dia tidak salah mengenali wajah lelaki itu, namun mengapa lelaki itu tidak mengenali dirinya?
Masuk sahaja ke dalam istana, Hanis menelek dirinya di hadapan cermin yang berada di ruang tamu itu. Untuk seketika dia melompat-lompat kecil dengan dahi berkerut. Lagaknya seperti budak kecil sahaja.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasia[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...