SPECIAL CHAPTER 04: ENDING

5.7K 207 66
                                    

Airish berjalan perlahan di laluan bunga yang menuju ke arah taman. Bibirnya mengukir senyuman manis sambil matanya tidak lekang mengamati keindahan taman bunga yang sudah menjadi miliknya. Biarpun sudah 40 tahun lebih dia melihat permandangan yang sama, dia langsung tidak muak.

Malah permandangan itulah sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindunya pada Maira. Punggung dilabuhkan perlahan di atas bangku di bawah sebatang pokok yang redup kemudian Airish menarik nafas panjang. Angin pagi yang menghembus membuatkan dirinya terasa sedikit sejuk.

"Hai sayang."tegur Hannif dengan senyuman lebar. Dia duduk di sebelah Airish seraya merangkul pinggang Airish.

"Hai. Bukan ke abi ada kerja hari ni? Awal pula balik?"Airish mengerutkan keningnya.

"Sebenarnyakan, abi dah bersaralah semalam. Abi nak teman isteri kesayangan abi ni."ujar Hannif. Pipi Airish diciumnya sekilas.

"Lah kenapa tak bagitahu awal-awal? Kalau tak, boleh Rish bermanja lama sikit dengan abi tadi."cemberut Airish. Punyalah awal dia bangun mandi semata-mata untuk membuat sarapan untuk Hannif.

"Ouh sayang nak bermanja eh? Mari sini."Airish ditariknya supaya duduk di atas ribanya. Kemudian, pinggang Airish dirangkulnya erat.

"Abi jangan macam-macam eh? Rish cubit abi sekejap lagi."Airish memberi amaran.

"Nak macam-macam sikit je."Hannif sengih kecil. Tangannya menyelinap masuk ke dalam baju kurung Airish. Namun belum sempat ingin menyentuh perut Airish, Airish terlebih dahulu menghalang tangan Hannif.

"Abi!"

"Abi nak bercakap dengan anak kita je. Bukan buat benda tak senonoh pun."Hannif menjuihkan bibirnya.

"Pegang dekat luar baju je. Tangan tu kenapa gatal sangat?"geram Airish. Hannif hanya tergelak kecil.

"Baby pun nak merasa haba tangan abi. Ishh apalah mama ni kan?"ujar Hannif.

"Tak payah mengada berhaba bagai. Pegang dekat luar je."

"Iyalah."pasrah Hannif. Perut Airish yang masih kempis itu diusapnya dengan senyuman lebar di bibir. Rasa bahagianya tidak pernah pudar apabila bersama Airish. Lagi-lagi dengan adanya cahaya mata mereka.

"Anak abi ni cepatlah membesar. Abi tak sabar nak main dengan bayi pula ni. Keluar nanti biar cantik macam mama tau?"ujar Hannif.

"Eleh. Abi selalu salah teka. Masa Rish mengandungkan Aqeef, abi cakap benda yang sama juga. Akhirnya yang keluar, bayi handsome! Masa mengandungkan Mikaila, abi cakap nanti dia keluar mesti handsome. Yang keluarnya terbalik pula."Airish ketawa kecil.

"Lepas ni mesti yang keluarnya bayi handsome."sambung Airish.

"Abi akan pastikan yang kali ini abi tak silap teka hurm... Tengok je lah dari perangai sayang. Cerewetnya bukan main kali ini. Ni abi memang pasti yang ini perempuan."yakin Hannif.

"Iya eh? Kalau salah, Rish patut bagi denda apa dekat abi eh?"Airish menjongketkan keningnya.

"Amboi dia! Siap nak bagi denda eh dekat abi?"

"Mestilah kena bagi. Abi nampak yakin sangat sekarang ni. Apa kata Rish denda abi tukar lampin dia selama sembilan bulan kalau abi salah teka?"

"Denda itu je? Kalau tak denda pun, abi tetap buat. Setakat tukar lampin, benda tu leceh tau sayang? Dulu masa sayang kecil pun, abi pernah tukarkan lampin."Hannif ketawa kecil. Lucu pula bila mengimbas kembali ketika dia kalut menukarkan lampin Airish ketika ketiadaan Maira dan Harrash di istana. Hakim dan yang lain jadi tukang ketawanya kerana Hannif pakaikan lampin terbalik.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang