BAB 15

4.2K 161 6
                                    

Danish memandang doktor-doktor yang berdiri di hadapannya dengan senyuman. Hampir lima bulan doktor-doktor itu berada di wad untuk membantu para doktor menguruskan pesakit trauma. Akhirnya hari ini enam orang daripada tujuh orang doktor itu akan pulang ke hospital asal mereka.

Seorang daripada mereka iaitu Kevin memutuskan untuk terus berada di situ. Atas alasan apa pun tidak tahu, tetapi yang pastinya dia sudah memaklumkan kepada pihak atasan.

"Memandangkan hari ini hari terakhir kamu semua, kami ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas kerjasama kamu semua dekat pusat trauma ni."ujar Danish dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Part fav aku tu!! Lesung dia auch! Menusuk!"bisik Marliana kepada Alia. Alia hanya menggelengkan kepala dengan perangai Marliana.

"Part fav awak dekat saya pula dekat mana?"sergah Kevin berbisik ke arah Marliana.

"OPOCOT KAIN AWAK TERLONDEH!!"kuat Marliana melatah sehingga mengundang perhatian mereka semua. Semua jururawat dan doktor yang berada di situ sememangnya sudah tahu tabiat melatah Marliana hanya ketawa manakala Kevin pula sudah terkedip-kedip. Tidak menjangka Marliana akan melatah.

Marliana tersengih malu. Jelingan tajam diberikan kepada Kevin yang turut tersengih kekok. Tangan Alia bergerak menyentuh pinggang Marliana secara senyap-senyap.

"BERUK KAU TERLEPAS!!"latah Marliana lagi membuatkan mereka semua ketawa lagi. Marliana sudah bergerak menyembunyikan diri di belakang Alia. Malu! Pesakit pun ketawa tau? Bukannya dia tidak terbiasa, sudah hampir lima tahun dia bekerja di wad itu. Memang terbiasalah!

"Okey apa-apa pun kami semua nak ucapkan terima kasih dekat doktor sebab memberi tunjuk ajar kepada kami selama kami di sini."ujar Sofiah. Danish mengangguk kecil.

"Aku pun nak minta maaf sebab ada tercaci maki dan tergumpat kau masa mula-mula datang. I'm sorry. Sampai jumpa lagi."ujar Sarina pula.

"It's okay. I tak kisah pun. Teruskan usaha ya semua! Semoga berjaya."ucap Danish ikhlas. Enam doktor itu hanya mengangguk faham sebelum beredar.

"Sedih pula I nak berpisah dengan mereka. Sweety, belanja I aiskrim petang nanti tau?"ujar Danish lalu masuk ke dalam bilik kerjanya. Fina sudah mencebik tidak puas hati. Dia pula yang jadi mangsa!

•••

Ellyza meliarkan pandangan di sekitar tempat itu. Tidak sesak, tidak bising dengan manusia. Cuma terdapat beberapa buah bangunan dan restoran. Kakinya hanya digerakkan mengikuti langkah Danish.

Mereka berjalan masuk ke dalam sebuah restoran yang tampak agak mewah. Salah satu meja makan di duduk oleh mereka. Masing-masing kekal senyap sehinggalah pelayan meletakkan pesanan mereka.

"Apa tujuan you bawa I datang sini?"soal Ellyza memulakan bicara.

"Dating lah. Suka tak?"

"Hmm. Eh you tahu tak yang rupa you ni macam sepupu I?"Ellyza mengubah topik.

"Sepupu you? Siapa?"

"Aarash. Kalau dilihat, you dengan dia nampak agak serupa tau? Cuma yang berbezanya of course perangai you dan juga penampilan you. Rambut you kerinting, tapi dia tak. Kedua, you murah dengan senyuman."Ellyza tersengih.

"Kalau I murah dengan senyuman  dia tu macam mana?"soal Danish. Lebih baik korek dalam lagi.

"Ermm entah. Last I jumpa dia, dia agak beku sikit dan entahlah kenapa... I rasa janggal dengan dia sekarang ni. Mungkin sebab lama tak jumpa. Rasanya tahun ni I tak tengok lagi senyuman dia tu. Kalau dulu selalu je tengok senyuman dia. Senyuman dia macam you tahu tak? Lesung pipit dekat dua-dua pipi ni."ujar Ellyza.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang