SPECIAL CHAPTER 01

4.3K 159 39
                                    

Ellyza menuang air teh yang masih panas ke dalam cawan sebelum melabuhkan punggung di sebelah Aarash. Sesekali dia mengerling ke arah Airish yang berwajah muram sedari tadi. Dia tahu dan faham apa yang sedang bermain di fikiran Airish ketika ini.

"Elok kita bagitahu dia sayang. Dah 18 tahun kita rahsiakan daripada dia. Kita tetap kena bagitahu dia. Jangan sampai dia tak boleh terima semua ni bila dia dapat tahu dengan sendirinya."ujar Hannif. Walaupun rambut sudah berubah warna, kekacakan dia langsung tidak pudar.

"Tapi Rish takut abi. Rish takut dia benci Rish sebab rahsiakan perkara ini. Rish tak nak dia tinggalkan Rish."luah Airish.

"Kami faham perasaan kau. Tapi cubalah kesiankan Syahril juga. Pasti dia fikir selama ni Uncle Hannif cuba pisahkan kau orang. Setiap kali dia nak salam tangan kau, Uncle Hannif halang. Nak peluk kau pun apatah lagi?"Ellyza cuba memujuk.

"Betul tu kakak. Cuba fahamkan perasaan dan keadaan Syahril juga. Abang dapat tengok kesedihan dia setiap kali jumpa dengan kakak."Aarash mengusap belakang badan kembarnya cuba meredakan tangisan Airish. Pasti berat sekali bagi Airish untuk membuat keputusan. Airish hanya mengangguk kecil mengiyakan seakan terpaksa sahaja.

"Dah jangan sedih-sedih. Mari jalan-jalan dengan abi dulu."ajak Hannif. Tangan Airish dipimpinnya menuju ke kawasan yang agak redup dengan pokok-pokok.

"Harap-harap Syahril boleh terimalah pasal ni. Petang nanti dia dah balik dah. Elok bagitahu malam ini."Ellyza menghelakan nafas.

"Hurmm tengok je lah nanti. Sayang... bila nak buat baby baru? Abang bosanlah dekat istana tak ada orang nak teman."ujar Aarash dengan sengihan gatal. Ellyza membuntangkan matanya. Tangannya naik mencubit pinggang Aarash.

"Mulut tu memang tak ada insurans eh? Eee rasa nak cubit-cubit je abang ni."geram Ellyza.

"Tapi sayang tengah cubit abang ni kan."jawab Aarash seraya mendesis kesakitan.

"Bukan di sini! Tapi di sini! Mulut ni ee..."tangan Ellyza yang tadinya mencubit pinggang Aarash kini mencubit bibir milik Aarash.

"Padan muka kau. Siapa suruh menggatal sangat."Iydan ketawa kecil. Aarash menjeling ke arah Iydan sebelum tangan Ellyza ditariknya dari mencubit bibirnya.

"Tangan ni tak sepatutnya mencubit je kerjanya. Sepatutnya macam ni... Muahh!"Aarash mencium tapak tangan Ellyza.

"Daddy! Tengok Aarash ni daddy!"adu Ellyza. Tidak tahan dia dengan perangai miang Aarash.

"Manalah daddy tahu. Daddy kan tak tahu."balas Izzuan selamba.

"Daddy!"mulalah cemberut muka Ellyza. Lagi-lagi apabila semua orang mula ketawakan dia.

•••

Syahril merebahkan kepalanya di atas meja. Pening mula menguasai kepalanya membuatkan dia menjadi lemah. Sudah tahu tidak sedap badan, pergi juga ke sekolah. Kan mendapat.

"Ril, kau okey tak ni? Nak aku hantar kau balik?"tegur Fazrin.

"Tak payahlah. Kau tolong panggil adik aku boleh tak?"pinta Syahril.

"Siapa? Aqeef atau Raissa?"soal Fazrin.

"Panggil Aqeef."jawab Syahril.

"Okey. Kau tunggu sekejap eh."Fazrin terus berlari keluar dari kelas menuju ke kelas Aqeef. Pintu kelas diketuk seraya memberi salam.

"Kenapa Fazrin?"soal Cikgu Rita.

"Hmm Aqeef ada tak cikgu?"

"Aqeef tak ada. Dia pergi latihan bola sepak."ujar Cikgu Rita.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang