BAB 48

3.8K 201 47
                                    

Ezar menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat ke arah Eyliz. Entah apa tujuan Eyliz memanggilnya pun dia tidak tahu. Setahunya, dia hanya perlu datang ke istana pada waktu petang untuk memberitahu maklumat perihal kehilangan Mawar.

"Saya suruh awak datang ke sini sebab ada orang nak jumpa awak. Pergi ke taman sebelah sana."ujar Eyliz. Ezar hanya akur. Memang bodohlah mehu mengingkari arahan Ratu sendiri. Matanya meliar di setiap sudut taman itu mencari jika ada seseorang di situ.

"Abang Ezar! Sini!"panggil Hanis yang berdiri di hadapan bangku.

"Ceh siap berabang-abang lagi."gumam Hakim yang mengintai dari tingkap. Ezar menghampiri Hanis tidak ubah seperti seorang pengawal ingin berjumpa dengan seorang Ratu. Hanya ketegasan yang terpancul pada wajahnya.

"Ada apa Puteri panggil saya?"soal Ezar tanpa nada.

"Duduklah dulu."pelawa Hanis. Tempat duduk di sebelahnya ditepuk beberapa kali dengan senyuman, namun Ezar tetap tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Baginya, dia langsung tidak layak untuk duduk di sebelah seorang Puteri. Hanis melepaskan keluhan. Lengan Ezar yang berlapik baju ditariknya supaya duduk.

"Duduk! Ni arahan abang Ezar."kata Hanis bercekak pinggang. Ezar terus duduk apabila mendengar perkataan arahan.

"Saya tak ada banyak masa Puteri. Saya ada banyak kerja untuk dilakukan. Lagipun Puteri Mawar masih belum ditemui. Kenapa Puteri tidak mengajak dayang sahaja untuk bermain dengan Puteri?"ujar Ezar. Bengang juga dia dengan perempuan di hadapannya ini.

"Hanis dah minta izin dengan Ratu Eyliz tau? Abang milik Hanis untuk waktu ini."kata Hanis. Geram juga asyik disuruh bermain dengan dayang. Fikir dia ini budak lagi ke?

"Jadi, apa yang Puteri mahu daripada saya?"soal Ezar. Mukanya langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

"Abang jawablah betul-betul. Abang tak ingat Hanis ke? Atau abang saja je nak mengelak daripada Hanis?"soal Hanis. Mukanya tampak agak kecewa ketika ini.

"Saya tak mengelak daripada Puteri dan kenapa saya perlu ingat Puteri?"soal Ezar tidak faham. Kenapalah dia perlu terserempak dengan Puteri tidak betul ini? Haraplah tidak semua Puteri sama perangai macam ini. Hanis mengambil kotak kecil yang ada di atas tanah lalu dibawa ke ribaannya. Penutup kotak dibuka kemudian kotak itu diberi kepada Ezar.

"Abang Ezar tak ingat semua ni? Ni gambar-gambar kita. Yang ni sapu tangan milik abang Ezar. Pertama kali kita jumpa, Hanis cedera dan abang Ezar balut pakai sapu tangan ni."cerita Hanis. Ezar tekun melihat satu persatu gambar yang ada di dalam kotak itu. Wajah lelaki di dalam gambar itu sangat mirip dengan wajahnya.

"Maaf Puteri, ni semua bukan saya. Saya rasa Puteri betul-betul salah orang."Ezar menyerahkan kotak itu kepada Hanis semula. Semakin kecewa Hanis ketika ini. Berkecai harapannya.

"Saya pergi dulu Puteri."pamit Ezar.

"Habis tu kenapa... Kenapa nama awak Ezar? Muka awak pun sama dengan dia?"soal Hanis. Setitik air matanya jatuh. Sakit di dada tidak dapat dibendung apabila harapannya berkecai. Ezar yang baru sahaja berjalan beberapa langkah ke hadapan menoleh ke belakang kembali.

"Kebetulan."balas Ezar sepatah. Dia terus beredar dari situ. Semakin remuk hati Hanis dengan jawapan Ezar.

"Syahez tahu apa-apa pasal Hanis dengan lelaki bernama Ezar?"soal Izzuan yang turut melihat.

"Senior dia yang jadi abang angkat dia. Dengar kata dia hilang tiba-tiba dua tahun lepas. Sebab apa pun Syahez tak tahu. Hanis dah buat laporan polis, tapi itulah tak ada berita sampai sekarang."jelas Syahez.

"Auch!"Hanis mengaduh kesakitan apabila kakinya terpijak paku. Hanis mendengus geram. Kayu yang mempunyai paku itu dilempar geram ke belakang. Kakinya menyambung langkah menuju ke bilik. Badan direbahkan ke atas katil dengan keadaan meniarap.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang