BAB 05

4.6K 193 7
                                    

Airish melabuhkan punggungnya di ruang tamu. Aryyan yang memeluknya dibalas pelukan. Rindu betul dia dekat adik dia yang seorang ini.

"Ryyan, kakak sakit tu. Dah-dah, jangan dipeluk lama-lama."larang Maira.

"Alaa Ryyan windu (rindu) kakak. Kakak windu (rindu) Ryyan tak?"soal Aryyan.

"Mestilah kakak rindu. Kalau tak, kakak tak peluk Ryyan dah."balas Airish ikhlas sambil mengusap kepala Aryyan.

"Abang dah janji nak bawa kakak pergi jumpa Sofia. Mana Sofia?"soal Airish tidak sabar.

"Esoklah. Sofia teman emak dia balik kampung."tipu Aarash.

"Hah? Teman emak dia balik kampung? Abang jangan nak tipu. Emak dia koma dekat hospital."Airish sudah bercekak pinggang. Aarash sudah cuak. Ingatkan Airish tidak tahu perihal itu. Untuk seketika dia terlupa Airish merupakan orang kedua terapat dengan Sofia.

"Esok okey esok. Alah tak akan nak suruh Sofia datang lewat petang macam ni? Lagi pun kakak belum sihat sepenuhnya lagikan?"Aarash cuba memberi alasan.

"Iyalah."balas Airish mengalah.

"Tok Nek!! Iydan mana?"jerit Aarash sedikit kuat memandangkan Puan Isya berada jauh darinya.

"Mandi dalam kolam dekat luar tu."balas Puan Isya. Mendengar balasan daripada Puan Isya, Airish bangun lalu mengampiri kolam renang. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang diperbuat daripada rotan itu.

"Wuittt!! Sejak bila lagi kau duduk dekat situ?"tegur Iydan. Naik sahaja ke permukaan air, dia ternampak Aarash yang sudah siap duduk di atas kerusi sambil memandang ke arahnya.

"Baru je. Kau dah bincang betul-betul dengan papa dan ibu kau pasal Sofia?"soal Aarash memulakan perbualan.

"Dah."balas Iydan sepatah seraya keluar dari air. Tuala yang diletakkan di atas kerusi dicapai sebelum punggungnya mendarat di atas kerusi.

"Jadi, mereka cakap apa?"

"Mereka cakap okey je kalau aku serius dan sekarang ni keputusan dekat tangan Sofia je."balas Iydan cuba meringkaskan.

"Kau tak risau masa depan kau? Dah fikir elok-elok untuk masa depan kau?"soal Aarash lagi. Sengaja dia bertanya untuk melihat sejauh mana keseriusan Iydan.

"Dah. Jangan risaulah. Nanti kita tengok je apa yang jadi."

"Okeylah kalau macam tu. Apa kes kau tiba-tiba nak kahwin dengan dia? Dah jatuh cinta ke?"Aarash cuba mengusik. Tangan Iydan naik memukul kepala Aarash.

"Sakitlah!"

"Kau dengan Lyza sama je isi otak. Asyik-asyik jatuh cinta. Aku tak ada sebarang perasaan tu dekat dia. Aku cuma kesian. Kalau kami jadi nak kahwin, aku nak cuba kenal dia je dulu."jelas Iydan.

"Good luck!"ucap Aarash tersengih-sengih. Perbualan mereka dihentikan dengan kelakuan Medina. Serius budak ini separuh lelaki, separuh perempuan. Tiba-tiba sahaja duduk di atas meja siap bersila pula tu di hadapan Aarash dan Iydan.

"Woii bawa-bawa ubahlah sikit perangai tu."tegur Iydan. Medina mendecit perlahan. Sudah selalu kena tegur macam itu.

"Abang berdua, tolong Dina boleh tak?"Medina memulakan dramanya. Langkah paling berkesan mahu memujuk!

"Tolong apa? Cakap cepat sebelum abang buang Dina dalam kolam"ujar Aarash. Medina menjuihkan bibirnya menyampah.

"Esok teman Dina pergi kelas Uncle Jack. Selama seminggu je please... Minggu terakhir dah. Bosanlah asyik kena berlatih dengan tentera-tentera beku tu. Orang ajak sembang, tapi sepatah je yang dibalas. Muka Dina macam hantu ke sampaikan mereka takut sangat?"bebel Medina. Aarash dan Iydan ketawa.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang