BAB 14

4K 178 3
                                    

Aarash berjalan menghampiri pintu bilik Airish. Tombol pintu cuba dipulas. Aarash mengucap syukur di dalam hati kerana sudah tidak berkunci.

"Kakak..."

Tiada yang menyahut. Aarash melangkah masuk ke dalam. Hairan Airish tiada di ruangan bilik tidur itu. Botol ubat yang penutupnya terbuka menarik perhatian Aarash. Tengok sahaja sudah tahu ubat tidur.

"Mana kakak ni?"Aarash menyoal sendirian. Tandas dan tempat persalinan pakaian turut diperiksa namun hampa, Airish tiada. Perasaan risau mula timbul di dalam diri. Pengawal yang menjaga pintu masuk dihampirinya.

"Ada nampak Puteri Mikhaeyla?"soal Aarash.

"Puteri Mikhaeyla ke library Tuan Putera."balas pengawal itu. Aarash melepaskan keluhan lega. Dia mengorak langkah menuju ke perpustakaan. Setiap celah laluan rak buku dicari kelibat Airish sehinggalah yang paling hujung sekali.

Kelihatan Airish terbaring mengekot sambil memeluk satu buku cerita kanak-kanak. Sembab sahaja wajahnya mungkin kerana baru sudah menangis.

"Kakak."Aarash menggoyangkan sedikit kaki Airish. Airish masih lagi tidak bergerak. Fikir Aarash, Airish mungkin sudah tidur kerana kesan ubat tidur tadi. Jadi dia hanya mencempung Airish masuk ke dalam bilik.

"Kenapa dengan baby?"soal Hannif yang masih berjaga. Kebetulan pula ternampak Aarash membawa Airish masuk ke dalam bilik tadi.

"Rash jumpa dia tidur dalam library. Boleh Uncle tolong Rash ambil stetoskop dalam bilik rawatan tak?"pinta Aarash. Hannif hanya mengangguk kecil. Masing-masing terus beredar.

"Nah. Rash nak buat apa dengan Airish ni?"soal Hannif.

"Rash cuma nak periksa degupan jantung dia. Degil dia tak boleh nak cakap. Kalau dah sedar, memang taklah nak bagi orang rawat dia."bebel Aarash. Hannif mengukir senyuman nipis.

"Peliklah. Rasanya sakit kakak tu dah datang semula."ujar Aarash mampu membuatkan Hannif terdiam.

"Nanti Rash tak ada nanti, Uncle tolong pantau sikit kakak. Ni ubat tidur ni jangan bagi dia makan dah. Tak baik untuk kesihatan."sambung Aarash.

"Baik."Hannif membuat tabik hormat.

"Uncle masuk tidur dululah kalau macam tu. Rash pun tidurlah. Esok nak balik kerja semula dah."ujar Hannif. Aarash hanya mengangguk kecil.

Keesokkannya, Airish yang merasakan pergerakannya terbatas itu mencelikkan matanya. Dia menoleh ke tepi melihat gerangan yang lena di sebelahnya. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya. Biarpun sedang bergaduh, dia tidak akan pernah bermusuh dengan darah dagingnya sendiri.

Rambut Aarash yang jatuh ke dahi diselaknya ke tepi kemudian pipi Aarash diusapnya. Aarash yang merasakan sesuatu bermain di wajahnya mencelikkan mata. Wajah Airish dipandangnya seketika.

"Kakak... Kakak marahkan abang lagi? Abang minta maaf tau? Abang tak sengaja. Abang betul-betul minta maaf. Janganlah benci abang. Merana abang kalau kita bergaduh macan ni tau."ujar Aarash. Airish menggeleng kecil.

"Kakak dah maafkan pun."balas Airish perlahan.

"Thanks kakak. I love you."Aarash mula tersenyum lebar. Bahagianya tidak terkata.

"Kakak sayang abang juga."balas Airish.

"Kakak sebenarnya sakit kan? Dekat sini."soal Aarash dengan jari telunjuknya yang sudah mencucuk dada Airish. Airish terdiam.

"Kakak, abang kecewa tau? Kecewa kalau kakak rahsiakan sesuatu daripada abang. Abang tak pernah berahsia dengan kakak. Kakak tak sayang abang ke?"luah Aarash.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang