BAB 54

3.7K 189 25
                                    

Mellysa melabuhkan punggungnya di sebelah Medina yang mukanya sudah masam mencuka. Keluhan halus terbit dari bibir Mellysa melihat sikap anaknya. Sudah jadi isteri orang pun, masih lagi ingat suaminya itu kawannya.

"Kenapa gaduh dengan Syahez? Tak baik tinggikan suara dekat suami tau?"ujar Mellysa.

"Dia tu buat Dina menyampah. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak larang itu ini. Dina rasa dikongkong tahu?"luah Medina emosi.

"Dia suami, dia berhak ke atas Dina. Dia buat macam tu sebab sayangkan Dina. Dina tak fikir ke apa perasaan Syahez bila Medina kata nak bunuh diri? Macam mana kalau mama yang cakap macam tu? Apa perasaan Dina?"soal Mellysa ingin menyedarkan anaknya itu.

"Sedih. Tak naklah macam tu mama."balas Medina dengan muka sedih. Tubuh Mellysa dipeluknya erat.

"Habis tu lain kali cakap tu kena fikir perasaan orang sekeliling. Kesian Syahez. Pergi tengok dia sekarang. Minta maaf dengan dia."suruh Mellysa.

"Tak naklah. Dahlah Dina kena tampar dengan dia tadi. Sakit tau?"adu Medina. Memang sakit sehinggakan merah pada pipinya masih lagi ada.

"Padan muka. Dah pergi jumpa dia cepat!"perli Mellysa selamba. Semakin cemberutlah riak wajah Medina mendengar perlian itu. Sakit pula hatinya.

"Alaaa Dina takutlah! Nanti dia marah Dina."Medina masih lagi memberi alasan. Takut betul dengan Syahez yang sudah pandai menaikkan tangan ke mukanya. Jikalau sebelum ini mereka bergurau, tidaklah sehingga menaikkan tangan seperti itu. Kali ini Syahez kelihatannya betul-betul serius marahkan dirinya.

"Pandai buat pandai tanggung. Ah tak ada, tak ada! Pergi jumpa dia sekarang!"arah Mellysa.

"Tapi mamaaa..."Medina meleret-leretkan suaranya.

"Nurain Medina!"Mellysa sudah berdiri dengan tangan yang mencekak pinggang. Wajahnya saja digarangkan malas mahu Medina mempanjangkan alasannya. Medina mencebik lalu mengaturkan langkahnya masuk ke dalam.

Hannif memasukkan telefon ke dalam poket seluarnya kemudian dahi Airish dikucupnya lama. Langkah kaki dihayun menuju ke ruang tamu.

"Aku nak keluar sekejap pergi ke syarikat. Ada problem sikit. Tengokkan Airish sekali tu."ujar Hannif. Melihat anggukan daripada Sarah, Hannif terus beredar dari situ. Medina hanya memandang Hannif sekilas sambil berjalan menuju ke arah bilik.

Pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum dia masuk ke dalam. Kelihatannya Syahez sedang tidur nyenyak di atas katil membuatkan Medina mendecit menyampah. Orang merajuk bukan mahu pujuk, tetapi sedap pula dia tidur. Medina melabuhkan punggungnya di sebelah Syahez perlahan-lahan.

"Syahez... Syahez."bahu Syhaez dicucuk-cucuknya menggunakan jari telunjuk beberapa kali. Tanpa sebarang sahutan, Syahez menarik Medina masuk ke dalam pelukannya. Haba panas mula berbahang di tubuh Medina.

"Kau demam ke? Panaslah weh."soal Medina. Tangannya dilekapkan pada leher dan dahi Syahez cuba membandingkan suhu badannya dan suhu badan Syahez. Syahez mencelikkan matanya memandang wajah Medina. Mata Syahez jelas memerah seakan baru sahaja sudah menangis.

"Maaf."ucap Syahez sepatah.

"Hah?"blur Medina. Air mata Syahez mula menuruni pipi kemudian Syahez menyembamkan wajahnya pada dada Medina.

"Aku minta maaf sebab tertampar kau. Aku tak sengaja. Janganlah merajuk dengan aku. Nanti aku nak kawan dengan siapa kalau kau merajuk dengan aku?"ujar Syahez dengan sendu tangisannya.

"Kau kawanlah dengan beruk. Aku tak nak kawan dengan kau. Kau tu suami aku, bukan kawan aku."Medina mencebik. Bahu Syahez ditolaknya menggunakan jari telunjuk.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang